Berita Auto

Mazda CX-30 Masuk Pasaran Malaysia – CBU Jepun, RM143k

Setelah hampir dua bulan dibuka untuk tempahan, Mazda CX-30 akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Mazda CX-30

Diposisikan antara CX-3 dan CX-5, CX-30 ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.0L (RM143,059), 2.0L High (RM164,059) dan 1.8L Diesel High (RM172,943.60).

Ketiga-tiga varian diimport sepenuhnya dari Jepun dan didatangkan dengan jaminan pengeluar dan penyelenggaraan percuma untuk lima tahun atau 100,000 km.

Terdapat lapan warna yang ditawarkan iaitu Soul Red Crystal, Machine Gray, Titanium Flash, Jet Black, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Snowflake White Pearl dan Polymetal Gray Metallic.

Dari segi saiz, CX-30 hadir dengan ukuran 4,395 mm panjang, 1,795 mm lebar dan 1,540 mm tinggi, dengan jarak roda berukuran 2,655 mm. Ia mempunyai ruang but berkapasiti 430 liter yang boleh diakses menerusi bukaan berukuran 1,020 mm lebar dan 731 mm tinggi.

Varian Skyactiv-G 2.0L mempunyai 163 hp dan 213 Nm, manakala varian turbodiesel Skyactiv-D 1.8L hadir dengan 114 hp dan 270 Nm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan pacuan roda hadapan (2WD).

Dari segi keselamatan, CX-30 dilengkapi dengan tujuh beg udara, ABS, Dynamic Stability Control (DSC), Electronic Brake-Force Distribution (EBD), Emergency Brake Assist (EBA), Traction Control System (TCS), Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill Launch Assist (HLA).

Dua varian teratas mendapat teknologi keselamatan canggih tambahan iaitu Adaptive Front-Lighting System (AFS), High Beam Control (HBC), Blind Spot Monitoring (BSM), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Driver Attention Alert (DAA), Smart Brake Support (SBS) dan Mazda Radar Cruise Control (MRCC).

Previous post

Toyota GT86 Hijau British Racing Patut Di Sini Sekarang

Next post

Toyota Lancar GR Supra 2.0 di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *