Berita Auto

Proton Serah 50 Unit X70 Kepada Petugas Barisan Hadapan KKM

Pelbagai syarikat dan perniagaan mula tampil ke hadapan untuk membantu kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19. Sebagai contoh, Proton mengumumkan bahawa ia telah menyerahkan sebanyak 50 unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SUV itu akan digunakan sebagai pengangkutan untuk membawa pekerja perubatan ke tempat kerja dan juga ke mana-mana lokasi yang dikenalpasti sebagai ‘titik panas’.

Sumbangan oleh pengeluar kereta nasional itu dilihat sangat membantu pada masa yang sukar ini, terutamanya ketika negara sedang memasuki gelombang kedua wabak itu.

X70 merupakan kenderaan pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama Proton-Geely. Ia pertama kali dilancarkan sebagai model import (CBU) pada Disember 2018, disusuli dengan versi CKD yang tampil dengan pelbagai penambahbaikan pada Februari tahun ini.

Previous post

COVID-19: Kumpulan Naza Hulur Sumbangan RM1.25 Juta

Next post

Honda City 2020 Terima Penarafan Lima Bintang ASEAN NCAP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *