Berita Auto

BMW M5 Talaan G-Power Dengan 829 hp

Sekali pandang, BMW M5 (F90) berwarna oren metalik ini tampak seperti versi biasa dengan hud dan bampar gentian karbon, namun sebenarnya ia mempunyai lebih daripada itu.

Ditala oleh G-Power, jentera yang diberi nama Hurricane RS ini mempunyai 829 hp dan 1,050 Nm, sekaligus membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.5 saat dan mencapai kelajuan maksimum 350 km/j.

Peningkatkan kuasa sebanyak 212 hp dan 300 Nm (berbanding M5 Competition) itu dicapai menerusi penggunaan pengecas turbo baharu, sistem ekzos titanium dengan muncung gentian karbon berukuran 100 mm, serta beberapa penambahbaikan yang melibatkan perisian.

Menurut G-Power, Hurricane RS mampu memecut melebihi 350 km/j namun kelajuannya terpaksa dihadkan demi menjaga tayar. Bercakap tentang tayar, jentera ini didatangkan dengan rim tempaan 21 inci dan tayar Michelin.

Setakat ini, Hurricane RS merupakan antara versi M5 paling berkuasa yang boleh didapati di pasaran. Jika anda mahukan sesuatu yang lebih berkuasa tetapi belum disentuh oleh mana-mana syarikat talaan, anda perlu menunggu versi edisi terhad ‘CS’ yang dikatakan mempunyai lebih daripada 617 hp yang ditawarkan oleh M5 Competition.

Previous post

Maserati Levante Trofeo Terima Sentuhan Magis Novitec

Next post

Tambahan Sekatan dan Penutupan Jalan Baharu Untuk PKP Fasa 2

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *