Berita Auto

PKP Fasa Kedua Berkuatkuasa Esok (1 April)

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua akan berkuatkuasa mulai 1 April 2020.

Bagi memastikan orang awam terus mematuhi PKP sekaligus membantu mengekang penularan wabak COVID-19, pihak kerajaan telah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu. Antaranya adalah:

  • Kenderaan persendirian hanya dibenarkan berada di jalan raya antara jam 6 pagi hingga 10 malam, termasuk teksi dan kenderaan e-hailing
  • Hanya seorang sahaja (pemandu) dibenarkan untuk kenderaan persendirian, kecuali dalam situasi kecemasan
  • Pengangkutan komersial digalakkan beroperasi dari 7 malam hingga 7 pagi
  • Perkhidmatan penghantaran makanan (delivery) dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam
  • Stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam
Previous post

Mazda Skyactiv-X Menang Anugerah Paul Pietsch 2020

Next post

Geely Jenama Auto China No.1 2019 - 1.362 Juta Dijual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *