Berita Auto

COVID-19: Kumpulan Naza Hulur Sumbangan RM1.25 Juta

Kumpulan Naza telah tampil memberi sumbangan sebanyak RM1.25 juta untuk Dana COVID-19 kerajaan sebagai tanda sokongan usaha untuk menangani wabak itu.

Cek sumbangan diserahkan kepada Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Naza Corporation Holdings SM Nasarudin SM Nasimuddin.

SM Nasarudin sumbangan itu diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan buat mereka yang kehilangan mata pencarian akibat pandemik global itu.

“Kami juga bersyukur dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pengamal perubatan, polis dan tentera dan barisan hadapan yang lain dalam membantu menguruskan keadaan dan memastikan kami selamat,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa syarikat itu akan mencari jalan untuk untuk membantu Kementerian Kesihatan dalam menguruskan krisis ini.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bersatu dalam tempoh kritikal ini untuk mengatasi kesukaran yang akan berlaku,” kata SM Nasarudin.

Previous post

Toyota GR SUPRA GT4 Diberikan Homologation SRO GT4

Next post

Proton Serah 50 Unit X70 Kepada Petugas Barisan Hadapan KKM

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *