Berita Auto

Honda City 2020 Terima Penarafan Lima Bintang ASEAN NCAP

Honda City baharu telah dianugerahkan penarafan lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

Varian SV yang diuji menerima markah keseluruhan berjumlah 86.54 mata, dengan 44.83 mata untuk kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), 22.82 mata untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dan 18.89 mata untuk Teknologi Bantuan Keselamatan (SATs).

Dilancarkan di Thailand pada November tahun lalu, model generasi kelima ini dilengkapi dengan empat beg udara, Seatbelt Reminder System (SBR) untuk pemandu dan penumpang hadapan, dan Electronic Stability Control (ESC). Kesemua ciri ini didatangkan standard pada semua varian.

Emergency Stop Signal (ESS) turut tersedia pada varian City yang dilancarkan dan dijual di Thailand sama ada secara standard atau pilihan. Walau bagaimanapun, semua teknologi bantuan keselamatan yang dinilai oleh ASEAN NCAP akan disediakan sama ada sebagai kelengkapan standard atau pilihan dalam semua varian yang akan dilancarkan di beberapa negara di seluruh Asia Tenggara.

Bukan itu sahaja, City juga akan menawarkan teknologi Blind Spot Visualization (BSV) pada varian yang ditawarkan di beberapa negara Asia Tenggara. Ditawarkan secara pilihan, BSV dipasang pada cermin sisi sebelah penumpang.

Previous post

Proton Serah 50 Unit X70 Kepada Petugas Barisan Hadapan KKM

Next post

Dom Punya Dodge Charger - Model LEGO Technic Terkini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *