Hibrid, Elektrik, Hidrogen

GWM Kembangkan Teknologi Pengelektrikan Kenderaan Tenaga Baharu

GWM Pertunjukan Perdana Dunia Kenderaan Tenaga Baharu di Auto Shanghai 2023.

GWM telah memperkenalkan lima jenama utamanya HAVAL, TANK, ORA, POER dan WEY di Pameran Industri Automobil Antarabangsa Shanghai (“Auto Shanghai 2023”) ke-20 dan melancarkan rangkaian penuh model tenaga baharu pada 18 April.

Kami telah menjemput 300 rakan media (kami tidak dijemput) dan pengedar dari lebih 60 negara dan wilayah untuk meraikan pengalaman pintar dan teknologi NEV di kawasan reruai GWM, semasa berlangsungnya Auto Shanghai 2023.

Dalam majlis tersebut, Parker Shi, Naib Presiden dan Ketua Pasaran Antarabangsa GWM telah berkongsi dengan rakan-rakan media bahawa transformasi GWM kepada tenaga baharu sedang giat dilaksanakan, dengan bergantung pada ekosistem hutan. Auto Shanghai 2023 ialah platform yang sangat baik untuk GWM menguar-uarkan pencapaian kepintaran kepada dunia dengan lebih daripada 15 kenderaan tenaga baharu telah diperkenalkan.

GWM HAVAL telah memperkenalkan rangkaian produk utamanya yang serba baharu dan SUV tenaga baharu sederhana yang baharu (digelar “Fierce Dragon MAX” dalam pasaran China) telah mengadakan kemunculan buat julung kalinya di mata dunia. Ia merupakan model pertama yang dilengkapi dengan Hi4 (4WD Pintar Hibrid) dan mengguna pakai konsep reka bentuk segar untuk mencipta imej produk yang lebih terkini dan futuristik. Versi GWM Pickup GWM POER 6×6 baharu dilancarkan bersama-sama dan dengan pikap hibrid berprestasi tinggi yang besar POER Shanhai PHEV/HEV, yang komited untuk menyediakan penyelesaian terbaik kepada pikap tenaga baharu.

GWM TANK telah mendemonstrasikan dua NEV, TANK400 PHEV yang turut mengadakan kemunculan sulung antarabangsa dan TANK500 PHEV, SUV tenaga baharu berkonsepkan kenderaan pacuan empat road sederhana-hingga-besar mewah untuk diprajual di seluruh dunia. Selain itu, GWM TANK turut mempersembahkan sorotan produk, termasuk teknologi tenaga baharu kenderaan pacuan empat roda dan keandalan produk kepada khalayak ramai dalam bentuk “situasi sebenar + interaksi maya” yang menerima pujian pihak media.

GWM WEY yang bertumpu kepada kategori “elektrik pintar sifar kebimbangan”, telah melancarkan model MPV pertama WEY Gaoshan PHEV kepada dunia. Sementara itu, ia turut mempamerkan SUV elektrik enam tempat duduk, Lanshan PHEV, yang memacu jenama ini untuk mara ke hadapan menuju pasaran NEV pintar yang canggih. GWM ORA turut mengeluarkan dua model elektrik tulen.

GWM turut mempamerkan teknologi-teknologi penting seperti enjin V6 3.0T + platform 9HAT+P2, Hi4, platform TANK dan platform super ‘off-road’ 6×6. Teknologi-teknologi canggih ini mendapat ulasan yang positif daripada pihak media dan wakil pengedar.

“Produk pengelektrikan dan teknologi canggih mencerminkan daya saing GWM. Kami berharap dapat membawa lebih banyak NEV GWM kepada pengguna tempatan pada masa akan datang,” ujar seorang pengedar dari Brazil.

GWM mendukung idea “berorientasikan pengguna”. Berdasarkan kepada inovasi teknologi, ia memahami keperluan pengguna dalam era tenaga baharu dengan tepat.

Menurut Parker Shi, “Berdasarkan kepada falsafah NEV Pintar GWM iaitu ‘Lebih Hijau, Lebih Tinggi dan Lebih Selamat’, GWM akan bergantung pada ekosistem hutan untuk mempercepatkan lelaran teknologi dan penaiktarafan produk serta menyediakan lebih banyak produk berkualiti tinggi dan tenaga baharu yang pintar kepada pelanggan antarabangsa.”

Dengan komitmen yang kuat terhadap inovasi dan pemacu untuk menjadi pemimpin dalam industri NEV, GWM terus berusaha untuk mencapai matlamatnya dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lebih pintar. Acara Auto Shanghai 2023 ini menandakan langkah penting dalam perjalanan GWM untuk menyampaikan teknologi dan produk pengelektrikan kepada dunia.

Previous post

Adakah Toyota 4Runner 2024 Sesuai untuk Pembeli Asia?

Next post

Hanya 4 Dalam 10 Orang Amerika Pertimbangkan EV

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *