Hibrid, Elektrik, Hidrogen

BYD Sekali Lagi Menjadi Jenama EV Terlaris Di Thailand

BYD adalah jenama EV paling laris di Thailand sekali lagi pada Februari 2023. Nampaknya BYD mungkin akan menjadi penjual terlaris di Asia tidak lama lagi.

Rekod pendaftaran terbaharu untuk Februari 2023 di Thailand telah didedahkan dan data menunjukkan bahawa pembuat kereta China, BYD, sekali lagi menjadi jenama EV terlaris di negara itu buat kali pertama sejak Januari. Dengan jenama itu di Malaysia, kita mungkin melihat ia menjadi jenama kenderaan elektrik (EV) nombor satu di Asia tidak lama lagi.

Menyusuli kejayaannya pada Januari 2023, BYD kemudian mengekalkan kedudukannya pada Februari 2023, mencatatkan 2,078 kenderaan yang menyumbang kepada 37.8 peratus daripada pasaran. Apa yang lebih mengagumkan ialah daripada jumlah keseluruhan 2,078 kenderaan yang didaftarkan, 2,068 daripadanya adalah SUV BYD Atto 3 dengan jarak 400km yang mengagumkan dengan sekali caj.

Jenama EV kedua terlaris di Thailand untuk bulan Februari ialah satu lagi pengeluar kereta China, NETA dengan 1,254 kenderaan berdaftar, diikuti MG, juga satu lagi jenama EV China yang mendaftarkan 915 kenderaan dan melengkapkan senarai empat ialah Tesla yang mendaftar 709 kenderaan pada bulan Februari.

Setakat model tertentu, lima EV teratas yang didaftarkan di Thailand untuk bulan Februari 2023 ialah BYD Atto 3 pertama, mendaftarkan 2,068 kenderaan, diikuti oleh Neta V dengan 1,254 kenderaan berdaftar, Tesla Model Y menduduki tempat ketiga dengan 534 pendaftaran, MG EP datang seterusnya dengan 356 pendaftaran dan melengkapkan senarai itu ialah MG 4 dengan 318 kenderaan berdaftar.

Sebahagian daripada kejayaan BYD Atto 3 di Thailand juga adalah harga jualannya iaitu 1.2 Juta Baht, atau kira-kira USD35,400 manakala versi EV yang sama berharga RMB139,800 di China (kira-kira USD20,300) dan di Eropah kereta itu berharga EUR38,000, iaitu kira-kira USD40,500.

BYD baru-baru ini juga telah mengadakan majlis pecah tanah untuk pelancaran kilang baharunya pada 10 Mac 2023. Jenama itu juga mengadakan satu lagi majlis sempena penjualan SUV BYD Atto 3 yang ke-9,999 dan ke-10,000 di Thailand dan jenama itu merancang untuk mempunyai 60 – 70 cawangan jualan di negara itu menjelang akhir tahun.

Kilang BYD di Thailand dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2024 dan akan mempunyai anggaran pengeluaran tahunan sebanyak 150,000 kenderaan. Kilang ini juga akan menjadi kilang pengeluaran kenderaan luar negara pertama jenama itu dengan matlamat untuk kilang itu membekalkan kenderaan terutamanya ke pasaran Thailand tetapi juga rantau Asia Pasifik.

Amacam? Adakah BYD juga akan menjadi jenama EV terlaris di Malaysia dan mungkin di seluruh Asia tidak lama lagi? Hanya masa yang akan menentukan, kita tunggu dan lihat.

Maklumat, terima kasih kepada CarNewsChina dan artikel sepenuhnya mereka disini.

Previous post

Kia Akan Lancar Trak Pikap Baharu Untuk Pasaran Global

Next post

Kia EV9 Diperkenalkan Sebagai Kenderaan Elektrik 3 Baris Pertama Jenama

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *