Sukan

MODENAS Rekod Jarak Paling Jauh Dilalui Konvoi Motosikal Dalam 24 Jam

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”) bersama dengan kelab pemilik Modenas Dominar D400, DC Projek mengukir sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records’ (“MBOR”) bagi “Jarak Paling Jauh Dilalui Konvoi Motosikal Dalam Tempoh 24 Jam”.

Konvoi yang terdiri daripada 25 pemilik Modenas Dominar D400 dan 7 Modenas Pulsar NS200, diketuai oleh Presiden DC Projek, Muhammad Adib Bin Rapia’e telah memulakan perjalanan mereka pada 1hb Oktober 2022 jam 9.40 pagi dan tamat pada 2 Oktober jam 9.15 pagi dengan jumlah tunggangan sejauh 1,642km dalam masa 23 jam 25 minit.

Acara dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan telah berlepas dari Glenmarie, Shah Alam, dan menghala ke kilang MODENAS di Gurun, Kedah, sebagai laluan pertama. Dengan jarak perjalanan sejauh 399KM, konvoi berhenti seketika untuk sesi gambar berkumpulan di kilang MODENAS, sebelum meneruskan perjalanan sejauh 87KM menuju sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah di mana mereka disambut dengan cuaca yang kurang elok. Konvoi ini telah dibasahi hujan sepanjang jalan, sehingga suhu mencecah 28 darjah selsius.

Dari Kedah, konvoi meneruskan perjalanan sejauh 491KM ke Selatan menuju ke Sungai Besi, Kuala Lumpur dan terus ke Johor Bahru, Johor dan kembali semula ke Glenmari, Shah Alam, dengan jumlah catatan perjalanan sejauh 659KM. Dalam keadaan gelap gelita, dengan hanya berbekalkan minuman serta makanan ringan sebagai pengalas perut, konvoi meneruskan perjalanan dan hanya berhenti sebentar untuk rehat, mengisi petrol dan mengambil gambar resit petrol yang diisi bagi mematuhi syarat yang ditetapkan Malaysia Book of Records (“MBOR”).

“Dengan keadaan hujan sepenjang perjalanan dari Kedah ke Johor, dengan kelajuan 110km/j, ada kalanya kami berhadapan dengan situasi “hydroplaning” ketika menunggang. Dan apa yang kami boleh katakan, kami amat bersyukur dengan kestabilan dan prestasi Modenas Dominar D400 dan Modenas Pulsar NS200.  Terima kasih MODENAS, kerana kedua-dua model ini didatangkan dengan sistem ABS. Secara keseluruhannya, misi berjalan lancar dan penuh dengan kenangan manis yang tidak dapat kami lupakan. Secara tidak langsung, program ini telah mengeratkan lagi persahabatan diantara kami dalam mencipta rekod kebangsaan”, kata Muhammad Adib.

“Ini merupakan kali kedua bagi MODENAS menganjurkan cabaran 1600km dalam tempoh 24jam dan melalui kerjasama ini, program telahpun berjaya mencatatkan rekod baharu di dalam MBOR bagi “Jarak Paling Jauh Dilalui Konvoi Motosikal Dalam Tempoh 24 Jam”. Tahniah kepada kesemua 32 peserta dalam menyempurnakan cabaran ini. Walaupun, saya tahu sebenarnya kumpulan itu tidak mempunyai banyak masa untuk melalui setiap negeri, namun saya amat berharap mereka telah memperolehi kepuasan daripada pencapaian program ini”, Roslan Roskan.

Previous post

Kami Diberi Peluang Pandu Uji Ora Good Cat 500 Ultra

Next post

SUV Terbakar Sepanjang Lebuhraya Subang Jaya Yang Sibuk

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *