Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Dominar D400 Dinaik Taraf – RM13,997

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) hari ini melancarkan Modenas Dominar D400 yang telah dinaik taraf. Ditawarkan pada harga RM13,997 (tanpa insurans dan cukai jalan), model ini menerima beberapa penambahbaikan teknikal, serta dua pilihan warna baharu berbanding versi asal yang dilancarkan pada tahun 2018.

Antara ciri baharu yang paling menarik pada model ini adalah fork hadapan jenis terbalik atau Upside Down (USD) Fork yang menggantikan fork teleskopik konvensional pada model terdahulu. Di belakang pula terdapat penyerap hentak tunggal Nitrox yang membolehkan penunggang membuat talaan untuk mendapat kualiti tunggangan menepati kehendak masing-masing.

Bukan itu sahaja, enjin 373cc DOHC dengan teknologi DTS-i penyejukan cecair pula menerima sistem ekzos muncung berkembar baharu dan klac Assist & Slipper. Ia menghasilkan 40 PS, iaitu 5 PS lebih tinggi berbanding sebelum ini, manakala tork pula kekal pada 35 Nm.

Sistem brek Dominar D400 terdiri daripada cakera brek bersaiz 320 mm di hadapan dan 230 mm di belakang, lengkap dengan sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi saluran.

Lain-lain, model sports tourer ini hadir dengan tank pad bercorak karbon, logo Dominar pada tempat duduk belakang, serta lampu LED mozek yang mampu memberikan pencahayaan lebih baik pada waktu malam serta membolehkan penunggang dilihat dari jarak sejauh 1.5 km.

Turut disertakan adalah paparan meter LCD yang kini lengkap dengan kedudukan gear, kelajuan, jarak perjalanan, jam, rpm serta baki bahan api.

Untuk model 2021, Dominar D400 boleh didapati dalam dua warna baharu iaitu Savanna Green dan Charcoal Black.

Previous post

UMW Toyota Motor Sambung Semula Aktiviti Perniagaan

Next post

Subaru Memperkenalkan WRX 2022 Semua Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *