Promosi / Tawaran / Peraduan

Kempen GOLADIES Tawar Diskaun Servis 70% Untuk Wanita

Bagi meraikan Hari Wanita Antarabangsa tahun ini, GoCar Malaysia mengumumkan kempen GOLADIES kini kembali dengan tawaran penjimatan sebanyak 70 peratus ke atas semua pakej servis asas GoCar Garage bermula sekarang hingga 31 Mac 2022.

Boleh didapati menerusi aplikasi lengkap GoCar, 300 orang pelanggan pertama yang menggunakan kod promo “GOLADIES” akan menikmati kadar istimewa berikut untuk servis penukaran minyak yang akan mengambil masa selama 45 minit.

Kod promo yang hanya boleh digunakan sekali itu sah di antara 1 hingga 31 Mac 2022. Pelanggan boleh menebus temu janji servis mereka sehingga 30 Jun 2022. Kempen GOLADIES hanya boleh didapati di Lembah Klang. Kenderaan akan diservis di GoCar Garage Hub di Petaling Jaya.

Apabila melakukan servis kereta mereka di GoCar Garage, pelanggan akan menikmati manfaat tambahan seperti perkhidmatan ambil dan pulang GoValet (yuran minimum sehingga RM20 akan dikenakan bergantung kepada jarak), penggunaan kenderaan GoCar selama dua jam secara percuma, sanitasi dan basuh kereta secara percuma, serta pemeriksaan kenderaan komprehensif.

Pelanggan juga tidak perlu bimbang kerana juruteknik GoCar adalah bertauliah untuk mengendalikan apa jua jenama dan model kenderaan penumpang dengan kualiti servis setanding OEM.

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, “Memandangkan respons positif yang diterima pada kempen GOLADIES yang pertama, kami berbesar hati untuk menawarkan promosi GOLADIES baharu bagi meraikan Hari Wanita Antarabangsa dan menyokong usaha memperkasakan wanita.”

Previous post

Asal Usul Ford Raptor Dikongsi

Next post

Tayar BFGoodrich Trail-Terrain T/A Kini Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *