Berita Auto

GoCar Garage Sediakan Perkhidmatan Servis Kereta Yang Mudah Dan Telus

GoCar hari ini melancarkan GoCar Garage – satu penyelesaian digital sehenti terbaharu bagi tujuan servis dan penyelenggaraan kenderaan yang boleh didapati pada aplikasi mudah alih GoCar.

Ia bermatlamat memenuhi keperluan pasaran yang mahukan penawaran selepas jualan yang mudah dan telus dengan persekitaran serta perkhidmatan terbaik seperti OEM.

Dengan GoCar Garage, pelanggan boleh memilih servis yang dimahukan, mengesahkan dan membuat bayaran ke atas temu janji servis mereka, serta menguruskan aspek pengambilan dan pemulangan kenderaan pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja.

GoCar Garage

Lebih penting lagi, GoCar Garage menyediakan struktur harga yang telus dan boleh dinilai oleh pelanggan, membuat pra-persetujuan menerusi aplikasi GoCar sebelum sesuatu kerja pembaikan disahkan. Ciri ini memastikan tiada kos tambahan mengejut yang biasanya berlaku di bengkel-bengkel pihak ketiga.

Selain menawarkan kemudahan dan harga yang telus, pelanggan juga boleh menikmati banyak manfaat seperti:

  • Basuh dan sanitasi kereta secara percuma
  • Pemeriksaan 31 poin kenderaan secara percuma
  • Membuat tempahan dengan mudah (menggunakan aplikasi mudah alih GoCar)
  • Sempena pelancaran GoCar Garage, servis penghantaran dari pintu ke pintu menerusi GoValet (dalam jarak radius 50 km dari GoCar Hub) yang ditawarkan pada bayaran minimum akan dipotong sepanjang Ogos
  • Jaminan penggantian alat ganti selama enam bulan
  • Penggunaan percuma GoCar selama dua jam pada hari kereta anda diservis
GoCar Garage

Boleh didapati sekarang di GoCar Hub yang terletak di Jalan Kemajuan, Petaling Jaya, GoCar Garage merupakan sebuah pusat servis yang lengkap yang dikendalikan oleh pasukan juruteknik berpengalaman yang mahir dalam melakukan servis ke atas semua jenama dan model kenderaan penumpang.

Rangkaian perkhidmatan GoCar Garage adalah seperti berikut:

  • Servis pit stop – penukaran minyak selama 45 minit (tidak termasuk membasuh dan sanitasi kereta). Pelanggan boleh memilih daripada tiga jenis minyak enjin Elf – sintetik penuh, semi sintetik dan mineral. Servis ini termasuk penapis minyak dan ‘drain washer’. Harga bermula dari RM98
  • Pemeriksaan & penggantian bateri
  • Servis tayar termasuklah penjajaran dan imbangan secara percuma untuk pembelian dua unit tayar atau lebih
  • Pembaikan & penyelenggaraan pendingin udara
  • Pembaikan & penyelenggaraan brek
  • Sistem penyejukan enjin & penggantian
  • Diagnostik elektrikal
  • Pembaikan badan & cat
GoCar Garage

Untuk menggunakan GoCar Garage, pelanggan perlu muat turun aplikasi mudah alih GoCar dan ikuti tiga langkah mudah seperti berikut:

  • Pertama, untuk menempah sesi temu janji, pelanggan perlu menghantar beberapa maklumat identifikasi diri, kenderaan dan memilih servis yang diperlukan daripada menu penuh.
  • Mereka kemudian akan dimaklumkan menerusi aplikasi mengenai kos servis yang dipilih secara terperinci dan cadangan jadual temu janji. Kerja pembaikan akan diteruskan hanya selepas pelanggan memberikan pengesahan dan kelulusan.
  • Sebaik sahaja servis selesai, mereka akan menerima satu notifikasi yang mengesahkan bahawa kerja-kerja pembaikan sudah siap dan boleh membuat pembayaran (kad debit atau kad kredit) menerusi aplikasi. Satu invois rasmi yang boleh dimuat turun juga disediakan. Mereka boleh memilih untuk mengambil kereta mereka dari GoCar Hub atau menguruskan penghantaran di lokasi yang dimahukan menggunakan perkhidmatan GoValet.
Previous post

Audi RS3 Sedan Pecah Rekod Kelas Kompak Di Nurburgring

Next post

BMW i4 M50 Kereta Keselamatan Kejohanan MotoE

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *