Promosi / Tawaran / Peraduan

Kempen ‘GoCarLah’ Tawar Komuter Alternatif Pengangkutan Awam Mampu Milik

Mencari alternatif pengangkutan awam yang berpatutan di Malaysia? GoCar sedia membantu anda sehingga akhir September 2022.

Mulai sekarang hingga 30 September 2022, GoCar Malaysia akan menjalankan kempen ‘GoCarLah’, yang menawarkan diskaun besar untuk perjalanan pergi dan balik GoCar Share di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Anda hanya perlu gunakan kod promo “LETSGOLAH” dan dapatkan diskaun 30% pada kadar yang sudah memang rendah bermula dari serendah RM12.90/jam atau RM58/hari.

Berikut ialah model yang tersedia untuk digunakan dengan kod promosi ini:

  • Perodua Axia
  • Proton Saga
  • Proton Persona
  • Proton Iriz
  • Perodua Bezza
  • Honda City
  • Toyota Vios
  • Nissan Almera
  • Renault Captur
  • Nissan Serena

Semasa tempoh kempen, GoCar juga mengetepikan yuran keahlian baharu RM20 biasa mereka dan tiada had perbatuan dan tiada yuran tersembunyi lain.

“GoCar dicipta untuk menyediakan alternatif yang mudah, telus dan berpatutan kepada pengangkutan awam. Kami berharap melalui kempen ini, lebih ramai orang akan mendapat akses kepada penyelesaian mobiliti gantian yang boleh mereka harapkan untuk perjalanan harian mereka sambil menikmati sedikit penjimatan,” kata Wong Hoe Mun, Ketua Pegawai Eksekutif, GoCar Malaysia.

Baca tentang pengalaman penulis menggunakan GoCar semasa PKP di sini.

Pengalaman Elektrik

Mereka yang ingin merasai pengalaman memandu kenderaan elektrik sepenuhnya boleh menempah Nissan Leaf 100% elektrik dengan GoEV. Ia boleh didapati dalam bahagian Share (Perjalanan Pergi-Balik) dalam aplikasi GoCar. Anda hanya perlu menggunakan kod promo “GOEVLAH” untuk menikmati penggunaan percuma selama tiga jam[1]. GoEV kini ditawarkan di Kuala Lumpur dan Selangor.

“Sebagai syarikat perkongsian kereta pertama di Malaysia yang menawarkan akses kepada EV mampu milik, kami harap lebih ramai rakyat negara ini akan mengambil peluang untuk merasai pengalaman memandu kereta yang lebih hijau dan bersih dengan GoEV,” tambah beliau.

Mengenai GoCar Malaysia


GoCar Malaysia merupakan platform aplikasi berdasarkan kepada permintaan yang menawarkan penyelesaian ‘mobiliti sebagai satu perkhidmatan’ di Malaysia. Daripada perkongsian mengikut jam dan harian dengan akses kepada GoCar, sehinggalah Subscription yang menawarkan rangkaian luas model kereta, serta fleksibiliti SWAP. Subscription terbukti menjadi penyelesaian fleksibel yang diinginkan oleh rakyat Malaysia sebagai satu alternatif kepada pembelian kereta secara konvensional dalam usaha menawarkan ‘kereta sebagai satu perkhidmatan’ menerusi teknologi.


Hari ini, mereka sudah mempunyai rangkaian lebih 1,000 buah kereta dan terus mengembangkan jumlah tersebut. GoCar secara aktif mempelbagaikan tawaran melalui penyelesaian pengecasan di bawah GoEVcharger, kemudahan memperbaharui insurans dengan GoInsuran dan penyelesaian servis kenderaan yang mudah dan telus melalui GoCar Garage. Tidak ketinggalan, penambahan baharu GoEV ke dalam rangkaian servis yang ditawarkan di bawah GoCar. Sejak pelancaran GoEV pada Disember 2021, mereka mempunyai lebih 1,000 pengguna GoEV yang telah mencatat perjalanan lebih 500,000km. Lebih 90 peratus pengguna adalah kali pertama kali memandu sebuah EV.


Rangkaian kenderaan elektrik GoEV termasuklah Hyundai Kona dan Nissan LEAF. Matlamat mereka adalah untuk mengembangkannya menjadi 100 unit EV menjelang akhir tahun 2022. Pada tahun 2020, GoCar diiktiraf sebagai Syarikat Perkongsian Kereta Terbaik oleh Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan.

Previous post

Bolehkah Lesen Memandu Khas Trak Pikap Kurangkan Kemalangan?

Next post

Jualan Bodykit HR-V Honda Baharu Sudah Bermula Di Facebook

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *