Kemalangan / Rosak / Recall

Dimanakah Porsche, Audi, Bentley, Lamborghini Baharu Saya?

Adakah mungkin ianya diatas kapal pengangkut yang terbakar di Tengah Laut?

Sebuah kapal kargo yang membawa ribuan kereta mewah pelbagai jenama terperangkap dalam kebakaran di lautan berhampiran Pulau Azores di Portugal.

Kapal kargo bernama Felicity Ace itu adalah dalam perjalanan dari Emden, Jerman ke Davisville, Rhode Island. Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian itu dilapurkan tetapi kesemua kenderaan yang diangkutnya dilaporkan telah terbakar dan hampir tenggelam di perairan dalam sekitar Portugal.

Porsche sendiri telah mengesahkan terdapat 1,100 kenderaan pelanggan yang dihantar dengan kapal tersebut. Bentley juga telah mengesahkan bahawa 189 kenderaan di atas kapal itu. Walau bagaimana pun Volkswagen masih belum menyiarkan data rasmi mengenai jumlah kenderaan yang terlibat di dalam penghantaran itu tetapi kami difahamkan jumlahnya ialah lebih kurang 4,000 kenderaan.

Jumlah kerugian keseluruhannya belum diketahui tetapi salah seorang pelanggan Porsche yang juga editor The Smoking Tyre, Matt Farah, berkata Porsche Boxster Spyder 2022 miliknya, menganggarkan kerugian beliau adalah sekitar AS$123,000 atau RM 514,000. “Saya baru sahaja mendapat panggilan daripada pengedar saya, dan berkata kereta saya terhuyung-hayang di lautan. Kapal yang membawa kereta itu dilaporkan terbakar,” kata Farah.

Porsche telah menghubungi kesemua pelanggan mereka yang terlibat dan memohon maaf atas kejadian ini. Porsche akan melakukan yang terbaik untuk pengguna yang terjejas.

Felicity-Ace-still-on-fire-3.0

Kebakaran itu pertama kali dilaporkan sekitar tengah hari di Eropah pada 16.02.2022

Sehingga Ahad lalu, 20.02.2022, kapal tersebut masih belum dapat dipadamkan dan usaha memadam masih dijalankan oleh tentera tempatan. Pihak kapal Felicity Ace telah menghubungi agensi logistik untuk melaksanakan pelan tunda secepat mungkin.

Pada hari Jumaat, Boskalis, sebuah syarikat perkhidmatan marin Belanda, berkata bahawa sepasukan 16 pakar dari anak syarikatnya, SMIT Salvage, telah dikerahkan ke sana dengan peralatan besar sedang dalam perjalanan dari Sepanyol dan Belanda untuk membantu memadamkan kebakaran di atas kapal.

Berdasarkan gambar yang dikeluarkan pada hari Jumaat oleh tentera laut Portugis, ia menunjukkan asap tebal naik dari kapal dan jentera bomba cuba memadamkan kebakaran. Kebakaran ini adalah yang terbesar pernah berlaku di tengah-tengah krisis pandemik dan krisis cip semikonduktor.

Previous post

SUV Flagship 09 Berasaskan SPA Oleh Lynk & Co Sedang Diuji

Next post

Harga Rasmi Mercedes-Benz S 580 e Diumumkan - RM698,744

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *