Berita Auto

Harga Rasmi Mercedes-Benz S 580 e Diumumkan – RM698,744

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengumumkan harga jualan rasmi bagi Mercedes-Benz S 580 e yang dilancarkan ke pasaran tempatan pada Disember tahun lalu. Dipasang secara tempatan di Pekan, Pahang, sedan mewah itu dijual pada harga RM698,744 (OTR tidak termasuk insurans) dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan.

Model generasi ketujuh ini direka sebagai saloon klasik dengan garisan karakter yang lebih lembut, overhang yang pendek dan ukuran tapak roda yang panjang. Ia dilengkapi dengan lampu depan Digital Light yang mempunyai tiga LED berkuasa tinggi dan 1.3 juta cermin-mikro yang bertindak untuk membias dan mengarahkan cahaya.

Mercedes-Benz S-Class W223

Mercedes-Benz mendakwa S-Class W223 ini sebagai salah satu kereta paling aerodinamik di dunia dengan kadar pekali seret serendah 0.22. Bukan itu sahaja, ciri aeroakustik model ini juga telah ditambah baik, menjadikan ia lebih senyap berbanding model terdahulu.

Mercedes-Benz S-Class W223

Ruang dalamannya pula memperlihatkan keharmonian antara kemewahan digital dan analog, sekaligus menjadikan ia “tempat ketiga” untuk pemilik selepas kediaman dan tempat kerja. Elemen utama di sini ialah sistem infohibur Mercedes-Benz User Experience (MBUX) generasi kedua yang merangkumi lima buah paparan dengan teknologi OLED.

Mercedes-Benz S-Class W223

Paparan pemandu dan media menawarkan pengalaman komprehensif dengan empat pilihan gaya paparan iaitu Discreet, Sporty, Exclusive dan Classic, serta tiga mod iaitu Navigation, Assistance dan Service. Turut diserakan adalah sistem audio Burmester 3D.

Mercedes-Benz S-Class W223

Di bawah bonet, terdapat enjin 3.0-liter enam silinder sebaris yang digandingkan dengan sebuah motor elektrik hibrid bagi menghasilkan kuasa keseluruhan berjumlah 367 hp dari 5,500 hingga 6,100 rpm dan 500 Nm dari 1,600 hingga 4,500 rpm. Dengan transmisi automatik 9G-Tronic, S 580 e mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.2 saat dan mencapai kelajuan maksimum 250 km/j.

Mercedes-Benz S-Class W223

Sistem keselamatan dan bantuan pemandu pula terdiri daripada Driving Assistance Package, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Parking Assist with PARKTRONIC, Active Lane Keeping Assist Active Steering Assist, PRE-SAFE serta Parking Package dengan kamera 360 darjah.

Previous post

Dimanakah Porsche, Audi, Bentley, Lamborghini Baharu Saya?

Next post

Ford Ranger Raptor Dapat Enjin EcoBoost Twin-Turbo V6 Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *