Berita Auto

Volkswagen Passat R-Line Kini Lebih Berkuasa

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Volkswagen Passat R-Line baharu yang telah dinaik taraf dengan kuasa yang lebih tinggi dan ciri-ciri premium terkini.

Jika dibandingkan dengan versi terdahulu yang menjana 190 PS dan 320 Nm, enjin turbo 2.0 TSI yang menguasakan Passat R-Line kini menghasilkan 220 PS dan 350 Nm. Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik DSG enam kelajuan, manakala karakter pemanduan boleh dipersonalisasi menerusi ciri Dynamic Chassis Control dan Driving Mode Selection.

Selain itu, bagi meningkatkan pengalaman pemanduan, Passat R-Line kini didatangkan dengan sistem audio premium Harman Kardon yang terdiri daripada 12 unit pembesar suara dan ampliefer 700 watt. Ia menawarkan kualiti akustik yang padu dalam empat mod iaitu Pure, Chill Out, Live dan Energy. Turut disertakan adalah sistem pendingin hawa dengan sentuhan haptik yang mudah digunakan.

Dipasang di Pekan, Passat R- Line baharu hadir dalam lima warna termasuklah warna perak (Scale Silver) baharu. Ia menjadi model kedua di Malaysia yang menerima logo baharu Volkswagen.

Dengan pengecualian cukai jualan sekarang, Passat R-Line ditawarkan pada harga bermula RM211,916.88. Ia juga hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, di samping jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Previous post

Adakah Lexus Malaysia Akan Mengejutkan Kita Dengan UX 300e Electric Crossover?

Next post

Modenas Terima Baucar Diskaun Banjir Untuk Pembayaran Servis

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *