Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Terima Baucar Diskaun Banjir Untuk Pembayaran Servis

Selaras dengan inisiatif kerajaan dalam membantu mangsa banjir kilat baru-baru ini, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) bersama-sama wakil pengedar yang mengambil bahagian, kini menerima Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia bernilai sehingga RM1,000 sebagai bentuk pembayaran. Baucar tersebut sah sehingga 31 Mac 2022, seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan baru-baru ini.

Di bawah program tersebut, pelanggan Modenas dengan motosikal yang terjejas kini boleh menebus baucar RM1,000, seperti yang tertakluk di dalam terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan, untuk tuntutan terhadap pembaikan motosikal milik persendirian yang rosak akibat banjir. Di samping itu, program ini juga memberikan diskaun tambahan sebanyak 25% untuk semua caj buruh dan kos alat ganti.

Bukan itu sahaja, baucar tersebut juga boleh diterima sebagai bayaran pendahuluan atau sebahagian bayaran untuk gantian motosikal baharu sekiranya motosikal tersebut mengalami kerugian secara keseluruhan akibat daripada banjir. Ini juga tertakluk kepada terma dan syarat.

“Kami semua di Modenas berusaha sedaya upaya menyokong usaha murni seperti ini. Dengan sedikit usaha ini, kami berharap agar mangsa dapat bangkit untuk mendapatkan semula apa yang telah hilang dan yang paling penting untuk meneruskan kehidupan mereka untuk menyara keluarga,” kata Roslan Roskan Ketua Pegawai Eksekutif Modenas.

Untuk sebarang pertanyaan, pemilik motosikal yang terjejas boleh menghubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-181 atau WhatsApp Careline kami di 019-570 8135; atau pusat perkhidmatan Modenas yang mengambil bahagian seperti di pautan http://modenas.my/v2/baucar-diskaun-automotif/.

Previous post

Volkswagen Passat R-Line Kini Lebih Berkuasa

Next post

Satu Lagi Saingan Tesla Model S Sedia Dihantar April Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *