Promosi / Tawaran / Peraduan

Nissan X-Trail, Serena S-Hybrid Dapat Warna Baharu

Bagi menyambut kedatangan tahun Harimau Air tidak lama lagi, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) memperkenalkan pilhan warna baharu untuk Nissan X-Trail 2.0L Mid dan Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star.

Bagi X-Trail, model SUV itu kini boleh didapati dalam warna Monarch Orange bagi varian 2.0L Mid. Sementara itu, model SUV Serena 2.0L S-Hybrid pula ditawarkan dalam warna baharu Radiant Red bersama bumbung hitam. Penawaran warna baharu ini adalah untuk model stok tahun 2022.

Untuk memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina, ETCM turut melanjutkan promosi Kadar Faedah 1.88% untuk model-model Nissan terpilih sehingga 28 Februari.

Kempen Tahun Baru Cina ini juga menawarkan ganjaran kepada pelanggan yang membeli dan mendaftar sebuah kereta Nissan dengan peluang untuk memenangi baucar Lazada bernilai sehingga RM50,000.

Bukan itu sahaja, mereka yang memandu uji Nissan Almera Turbo semasa tempoh kempen ini layak untuk memenangi baucar Watsons bernilai RM500.

Untuk maklumat lanjut, layari www.nissan.com.my atau hubungi Nissan Customer Care Centre di talian 1800-88-3838.

Previous post

Kilang EV Pertama Malaysia Akan Dibina Di Melaka

Next post

Jualan Mitsubishi Motors Malaysia Naik 91% Pada 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *