Kemalangan / Rosak / Recall

Banjir: Diskaun Alat Ganti, Kos Buruh Untuk Pemilik Nissan

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) mengumumkan program bantuan banjir khas Nissan bagi membantu mengurangkan beban pemilik Nissan yang terlibat dalam banjir baru-baru ini.

Di bawah program ini, syarikat itu menawarkan diskaun 20 peratus ke atas alat ganti dan kos buruh. Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati harga istimewa untuk pembaikan semula upholsteri iaitu RM1,655 untuk model sedan dan RM1,988 untuk model MPV, SUV, trak pikap dan van.

Sebagai tambahan, ETCM turut menawarkan pelan pembayaran mudah (EPP) sehingga 12 bulan untuk bil keseluruhan dan jaminan enam bulan/10,000 km untuk penggantian alat ganti tulen Nissan.

Perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti tunda percuma, tunda dari pintu ke pintu untuk kenderaan yang terjejas teruk dan Ambil & Hantar untuk penyelenggaraan pada hujung minggu juga disediakan.

Pemilik Nissan boleh menghubungi Nissan Customer Care Centre Hotline di talian 1800-88-3838 untuk bantuan lanjut, atau hubungi outlet TCEAS terdekat untuk membuat janji temu.

Previous post

Program Bantuan Banjir Dilancarkan Untuk Pemilik Mitsubishi

Next post

Model-Model EV Ini Mungkin Tiba Di Malaysia Pada 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *