Kemalangan / Rosak / Recall

Program Bantuan Banjir Dilancarkan Untuk Pemilik Mitsubishi

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan program bantuan banjir yang diwujudkan khusus untuk pemilik Mitsubishi di Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang yang terkesan akibat banjir kilat baru-baru ini.

Syarikat itu menawarkan diskaun 30 peratus ke atas alat ganti tulen Mitsubishi dan diskaun 50 peratus ke atas kos buruh bermula sekarang hingga 20 Januari 2022.

Bukan itu sahaja, MMM turut menyokong pelanggannya dengan memberikan perkhidmatan tunda percuma. Pelanggan hanya perlu menghubungi Mitsubishi Assist 24Hrs (MA24) di talian 1-800-88-2166 untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Sementara itu, pelanggan Mitsubishi yang mendapatkan sendiri perkhidmatan tunda tanpa bantuan MA24 dan perlindungan insurans juga layak mendapat rebat bernilai sehingga RM300. Mereka perlu membuat laporan polis dan menunda kenderaan mereka ke pusat servis Mitsubishi yang terdekat.

“Semua kakitangan servis dan pengedar bertauliah kami sedia untuk membantu pemilik Mitsubishi. Kami berharap program bantuan banjir ini dapat mengurangkan bebam pelanggan kami semasa tempoh yang sukar ini,” kata Shinya Ikeda, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Previous post

Kia EV6 Akan Dilancarkan Oleh Dinamikjaya Pada Awal 2022

Next post

Banjir: Diskaun Alat Ganti, Kos Buruh Untuk Pemilik Nissan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *