Promosi / Tawaran / Peraduan

Tawaran Menarik Untuk Barisan BMW M Sempena Hari Malaysia

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, BMW Group Malaysia mengumumkan ia akan mengadakan pelbagai kempen istimewa untuk barisan jentera BMW M sepanjang hujung minggu ini.

Menurut syarikat itu, kempen istimewa ini akan melibatkan model-model seperti M8 Coupé, M8 Gran Coupé, M850i xDrive Coupé, M3 Competition (dengan Innovation Package), M5, dan X4 M Competition. Antara tawaran istimewa yang bakal dinikmati oleh pelanggan adalah pengecualian cukai, kadar faedah 0%, dan tawaran tukar beli yang menarik.

Berikut adalah senarai bilik pameran yang akan mengambil bahagian dalam kempen ini:

  • Auto Bavaria
    Auto Bavaria akan mengadakan kempen dan tawaran pada Hari Malaysia bagi M8 Gran Coupé, M8 Coupé, dan M850i xDrive Coupé di semua pusat pengedarnya.
  • Ingress Auto Damansara dan Puchong       
    Ingress Auto akan hadir dengan “M configurator” serba baharu sempena Hari Malaysia.
  • Quill Automobiles Petaling Jaya
    Quill Automobiles akan meraikan minggu yang istimewa dengan menampilkan M850i xDrive Coupé, yang merupakan tarikan utama pusat pengedarannya sempena Hari Malaysia.
  • Wheelcorp Premium Setia Alam
    Wheelcorp Premium akan menumpukan sambutannya pada M4 Competition dengan Innovation Package, serta kempen istimewa bagi M5.
  • Millennium Welt Seremban
    Millennium Welt meraikan Hari Malaysia dengan M3 Competition yang hadir dengan Innovation Package. Nikmati tawaran yang istimewa bagi jentera itu pada hujung minggu ini.
  • Seong Hoe Premium Motors Melaka
    Seong Hoe Premium Motors akan meraikan Hari Malaysia bersama M3 Competition dengan Innovation Package, serta M8 Gran Coupé. Para pelanggan dan peminat dapat menikmati kempen dan tawaran istimewa bagi barisan kenderaan M daripada pusat pengedaran yang terletak di Melaka ini.
  • Tian Siang Premium Auto Ipoh dan Butterworth
    Tian Siang Premium Auto akan meraikan Hari Malaysia kali ini dengan X4 M Competition.
  • Regas Premium Group
    Pusat pengedaran BMW M yang utama di Sarawak dan Sabah bakal menyambut Hari Malaysia dengan X4 M Competition.

“Meskipun kemeriahannya tidak dapat menandingi sambutan ///Malaysia Day Drive yang dianjurkan pada tahun lalu, ia tidak bermaksud sambutan tahun ini kurang maknanya. Kali ini, kami akan berkolaborasi dengan wakil-wakil pengedar kami untuk menghimpunkan para peminat mengikut garis panduan keselamatan yang ditetapkan bagi meraikan semangat dan kebingkasan yang telah kita jiwai demi Malaysia,” ujar Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.

Previous post

BMW Group Berjaya Hantar Sejuta Kereta MINI

Next post

Pusingan Akhir Toyota GR Velocity Esports Hujung Minggu Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *