Berita Auto

BMW M3, M4 Competition Tiba Di Malaysia – Harga Dari RM639,664

Dua model berprestasi tinggi daripada BMW iaitu M3 Competition dan M4 Competition akhirnya masuk ke pasaran Malaysia, tujuh bulan selepas ia dibuka untuk tempahan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-61

Menurut BMW Malaysia, harga M3 Competition bermula dari RM639,664 selepas pengecualian cukai jualan, yang telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021. Ia menunjukkan perbezaan sebanyak RM25,136 berbanding harga sebelum diskaun SST (50 peratus untuk kereta import) iaitu RM664,800.

Sementara itu, M4 Competition pula berharga RM684,800 sebelum pengecualian SST dan RM659,357 selepas. Harus diingat bahawa harga-harga yang dinyatakan ini tidak termasuk pakej servis dan jaminan lanjutan, dan pakej Innovation yang ditawarkan secara berasingan pada harga diskaun RM58,000 bagi M3 dan RM56,000 bagi M4.

Pakej berkenaan merangkumi lampu hadapan BMW Laserlight, rim berukuran 19 dan 20 inci dalam rekaan 825 M Bicolour untuk M3 dan 826 M Bicolour untuk M4, bumbung kaca, kemasan gentian karbon (M4 sahaja), sistem audio Harman Kardon, Driving Assitant, Parking Assistant, tali pinggang keledar M, BMW Connected Package Professional, paparan head-up dan pelbagai lagi.

Seperti yang anda mungkin sudah tahu, kedua-dua model ini mempunyai ‘nadi’ yang sama iaitu enjin biturbo enam silinder sebaris berkapasiti 3.0-liter yang mampu menjana 510 hp dan 650 Nm. Dengan transmisi M Steptronic lapan kelajuan yang memacu roda belakang, M3 dan M4 Competition boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.9 saat.

Previous post

Volvo Cars Mengambil Alih Pengendalian Operasi China Sepenuhnya

Next post

MOFAZ Menamatkan Dealership Mereka Dengan Honda Di Ara Damansara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *