Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Malaysia Beri Lanjutan Waranti 3 Bulan

Ducati Malaysia mengumumkan lanjutan waranti selama tiga bulan untuk pemilik Ducati yang tempoh jaminannya tamat antara Ogos hingga September 2021.

Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk membantu pelanggan yang tidak dapat menghantar motosikal mereka untuk diselenggara ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pemilik yang layak hanya perlu membuat janji temu dengan pusat servis Ducati yang terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan percuma. Program ini sah sehingga 15 Oktober 2021.

Menurut syarikat itu, sebarang masalah yang dikenal pasti ketika pemeriksaan akan dibaik pulih mengikut skop perlindungan jaminan. Untuk isu-isu yang tidak diliputi di bawah jaminan serta alat ganti penyelenggaraan biasa, Ducati Malaysia menawarkan diskaun sehingga 15 peratus.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang telah membuat janji temu servis juga boleh menikmati diskaun sehingga 35 peratus ke atas aksesori dan pakaian Ducati.

Ketua Ducati Malaysia, Dennis Michael berkata, “Pemilik dan pelanggan kami sentiasa memberikan sokongan kukuh kepada jenama Ducati di Malaysia dan adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memberikan seberapa banyak bantuan yang boleh bagi berdepan cabaran yang dibawa oleh pandemik ini.”

Previous post

Toyota Corolla Cross Hybrid Bakal Dilancarkan Bulan Depan?

Next post

Kawasaki Z650RS - Jentera Moden Retro Saiz Pertengahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *