Cerita Auto

Renault, Geely Jalin Kerjasama Bangunkan Kereta Hibrid Untuk Pasaran Asia

Renault mungkin dianggap sebagai ‘raja’ jualan kenderaan elektrik di Eropah, namun di China, iaitu pasaran automotif terbesar dunia, pengeluar kenderaan dari Perancis itu gagal memberikan sebarang impak. Malah tahun lalu, syarikat itu mengambil keputusan untuk menarik diri daripada usaha samanya dengan Dongfeng akibat prestasi jualan yang tidak memberangsangkan di negara itu.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-26

Bagaimanapun, baru-baru ini Renault mengumumkan yang ia telah menandatangani perjanjian strategik dengan Geely Holding Group. Kali ini, tumpuan akan diberikan terhadap pembangunan kereta hibrid secara bersama bukan sahaja untuk pasaran China, malah untuk pasaran Korea Selatan juga.

Buat masa ini, perincian mengenai usaha sama ini masih belum didedahkan namun Geely menjelaskan bahawa mereka akan menggunakan tekonologi, rantaian pembekal dan fasiliti pengeluarannya yang sedia ada bagi membangunkan dan memasarkan kenderaan hibrid berjenama Renault di China. Sementara itu, Renault akan memfokuskan kepada strategi penjenamaan, serta pembangun saluran dan perkhidmatan.

Bagi pasaran Korea Selatan pula, Renault dan Geely akan meneroka lokalisasi kenderaan berasaskan platform cekap tenaga Lynk & Co untuk pasaran negara itu. Renault telah beroperasi di Korea Selatan selama lebih dua dekad di bawah nama Renault Samsung Motors dan perkongsian strategik ini dijangka akan mendapat manfaat daripadanya.

Kerjasama antara Renault dan Geely dijangka berkembang untuk meliputi pasaran-pasaran Asia yang lain pada masa hadapan. Menurut sumber, kedua-dua syarikat juga berminat untuk membangunkan kenderaan elektrik secara bersama.

Previous post

Aplikasi Volkswagen Cares Versi Baharu Dilancarkan

Next post

Mee Goreng Bangkok Lane – Jejak Makan ROSS Eat Beat 56

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *