Berita Auto

Aplikasi Volkswagen Cares Versi Baharu Dilancarkan

Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan aplikasi Volkswagen Cares baharu untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan pelanggan. Dilancarkan sebagai sebahagian daripada iniaistif Volkswagen Cares, ia akan menggantikan versi lama secara serta-merta.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-26

VPCM membangunkan aplikasi baharu ini dengan mengambil kira maklum balas pelanggan sebelum memperkenalkan fungsi-fungsi baharu dan meningkatkan ciri-ciri untuk menambah baik pengalaman pengguna. Aplikasi Volkswagen Cares kini merupakan pusat sehenti yang menempatkan pelbagai sokongan jualan dan selepas jualan.

Antaranya, pelanggan boleh menguruskan maklumat kenderaan dengan mudah, menjadual janji temu servis secara dalam talian, menerima tawaran dan promosi eksklusif, selain berhubung dengan Volkswagen Malaysia serta rangkaian pengedarnya.

Aplikasi baharu ini juga akan memberikan peringatan VIP (Volkswagen Insurance Plan), dan membenarkan pelanggan untuk menguruskan baucar servis. Penaikan taraf untuk memperkenalkan fungsi baharu seperti sistem ganjaran dan gerbang pembayaran sudah pun dirancang dan sedang diusahakan.

Pengarah Urusan, Erik Winter menyatakan bahawa VPCM akan meneruskan komitmennya dalam menawarkan yang terbaik kepada pelanggan di negara ini. “Kami mengutamakan pelanggan dalam apa jua yang kami lakukan dan pelancaran aplikasi Volkswagen Cares baharu ini membuktikannya.”

Volkswagen Arteon R-Line

“Prestasi aplikasi kami merupakan sebuah kisah kerjayaan dalam kalangan pasaran yang diuruskan oleh kumpulan PHS. Kami mempunyai sekitar 30,000 pemilik sehingga kini, dan lebih 50% daripada jumlah tersebut merupakan ahli VCP yang mana kenderaan mereka berusia 5 tahun dan ke atas,” kata beliau.

VPCM telah mendigitalkan sepenuhnya perjalanan pemilikan kenderaan untuk menawarkan kemudahan dan akses di hujung jari sahaja. Daripada eShowroom dan perkhidmatan penghantaran ke rumah, sehinggalah perkhidmatan selepas jualan dan kini aplikasi Volkswagen Cares yang telah ditambah baik, pelanggan boleh menguruskan segalanya tanpa perlu keluar dari rumah.

Ia juga menjadi jenama automotif pertama yang menjual kenderaan di platform eDagang seperti Lazada dan Shopee serta di media sosial Instagram.

Aplikasi Volkswagen Cares baharu kini sudah boleh dimuat turun daripada Apple App Store untuk pengguna iOS dan di Google Play Store bagi pengguna Android.

Previous post

Pelancaran Toyota Agya Versi GR Sport Di Indonesia

Next post

Renault, Geely Jalin Kerjasama Bangunkan Kereta Hibrid Untuk Pasaran Asia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *