Cerita Auto

Lynk & Co 09 Dilancarkan Di China

Walaupun baru berusia lima tahun, Lynk & Co, sebuah jenama automotif berasaskan gaya hidup yang bernaung di bawah Geely, mempunyai portfolio model yang boleh dikatakan agak besar. Kini, syarikat itu telah melancarkan ‘ahli’ terbaru dalam barisan modelnya iaitu 09.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-53

Diperkenalkan di Shanghai pada hujung minggu lalu, Lynk & Co 09 merupakan sebuah SUV flagship yang dibina menggunakan platform Scalable Product Arcitecture (SPA) yang sama dengan Volvo XC90. Bagaimanapun, dengan ukuran panjang 5,042 mm, lebar 1,977 mm dan tinggi 1,780 mm, ia 92 mm lebih panjang dan 4 mm lebih tinggi berbanding SUV dari Sweden itu.

Sementara itu, ukuran tapak roda kedua-dua model ini adalah sama iaitu 2,984 mm. Ini menjadikannya cukup besar untuk memuatkan tujuh tempat duduk. Tidak diketahui sama ada Lynk & Co akan menawarkan versi lima tempat duduk atau pun tidak.

09 dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan keluaran Aisin. Enjin tersebut ditawarkan dalam tiga versi iaitu hibrid ringkas 48V (mild hybrid), hibrid dan hibrid plug-in (PHEV), dengan kuasa dari 252 hingga 431 hp bergantung kepada varian. Sesetengah versi juga dijangkakan mempunyai motor elektrik pada gandar belakang.

Jika dilihat, rekaan luaran dan dalaman 09 tidak jauh berbeza dengan model-model Lynk & Co yang lain, namun apa yang membezakannya adalah jeriji menegak serta bukaan yang lebih besar pada sudut kiri dan kanan bampar. Selain itu, elemen lampu nyalaan siang (DRL) kekal pada bahagian atas manakala kluster lampu utama mengapit gril.

Ruang dalamannya kelihatan canggih dan premium dengan penggunaan material berkualiti tinggi pada papan pemuka dan tempat duduk, serta tombol gear yang tidak ubah seperti tombol gear Porsche 911. Elemen utama di sini adalah kluster instrumen digital berukuran 12.3 inci dan skrin infohibur 12.8 inci.

Dihasilkan di Zhejiang, China, Lynk & Co 09 ditawarkan pada harga sekitar 300,000 yuan (RM192,000 mengikut kadar tukaran semasa).

Previous post

Nissan Bakal Lancar Navara PRO-4X Warrior Di Australia

Next post

Ford Mendedahkan Edisi Emas Puma ST Yang Direka Oleh Peminat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *