Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Renault Megane E-Tech Electric Masuk Fasa Ujian

Jika anda masih ingat, tahun lalu Renault telah memperkenalkan Megane eVision Concept yang bakal dijadikan sebagai hatchback elektrik untuk pasaran Eropah. Kini, jenama dari Perancis itu telah mendedahkan gambar-gambar teaser bagi versi produksi serta beberapa perincian teknikalnya.

Menurut Renault, model ini akan dikenali secara rasmi sebagai Megane E-Tech Electric atau MeganE (disebut “Megane e”). Dari segi penampilan, ia dilihat mengekalkan sebahagian besar reka bentuk asal model konsep tanpa sebarang perubahan drastik. Ini termasuk rekaan lampu hadapan dan belakang melintang serta logo dua dimensi pada bahagian gril.

Dibina menggunakan platform CMF-EV (Common Module Family-Electric Vehicle), Megane E-Tech Electric dikuasakan oleh sebuah motor elektrik yang mampu menjana kuasa 160 kW (217 hp) dan pek bateri berkapasiti 60 kWj. Tidak dapat dipastikan sama ada motor elektrik berkenaan diletakkan pada gandar hadapan atau belakang, namun gabungan ini dikatakan mampu memberikan jarak pemanduan sejauh 450 km mengikut kitaran WLTP.

Renault Megane E-Tech Electric

Tambah Renault lagi, mereka telah menghasilkan 30 buah prototap Megane E-Tech Electric untuk diuji di jalan raya pada musim panas ini. Ia dijangka memasuki pasaran bermula tahun hadapan.

Previous post

Perodua Yakin Capai Sasaran Jualan 240,000 Unit

Next post

Phua Chu Kang Didenda Kerana Memandu Melebihi Had Laju @ 130km / j

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *