Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Lancar Panigale V2 Bayliss Edisi Terhad

20 tahun yang lalu, Troy Bayliss merangkul gelaran World Superbike Championship yang pertamanya dengan jentera Ducati 996 R. Bagi meraikan ulang tahun kemenangan yang bermakna itu, Ducati telah memperkenalkan model Panigale V2 edisi terhad yang dikenali sebagai ‘Bayliss 1st Championship 20th Anniversary’.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-2

Seperti motosikal yang membantu pelumba kelahiran Australia itu menjadi juara WSBK pada tahun 2001, Panigale V2 Bayliss memakai skema warna merah/putih/hijau yang secara kebetulannya adalah warna bendera negara asal Ducati iaitu Itali. Nombor yang digunakan oleh Bayliss iaitu 21 terpampang pada bahagian hadapan dan sisi, manakala tandatangannya diletakkan pada tangki minyak. Nombor siri pengeluaran pula dicetak pada bahagian ‘triple clamp’ yang diperbuat daripada aluminium.

Ducati Panigale V2 Bayliss

Selain itu, Panigale V2 Bayliss turut dilengkapi dengan fork hadapan NX30 dan penyerap hentak belakang TTX36 keluaran Ohlins, yang mana menurut Ducati, menjadikan jentera ini lebih hebat di litar lumba. Terdapat juga peredam stereng yang boleh dilaraskan mengikut gaya tunggangan dan karakter litar.

Model edisi terhad ini juga 3 kg lebih ringan berbanding versi standard, terima kasih kepada penggunaan bateri lithium ion dan konfigurasi tempat duduk tunggal. Bagaimanapun, pembeli masih akan mendapat tempat duduk dan perehat kaki pembonceng yang disertakan secara berasingan.

Kelengkapan lain yang turut disertakan adalah pemegang sport, penutup penyenyap ekzos yang diperbuat daripada gentian karbon dan titanium, serta brek ‘self cleaning’ dan pam klac dengan tabung minyak berwarna kelabu.

Aspek-aspek lain Panigale V2 Bayliss sama sahaja seperti versi standard. Ini bermakna kuasa masih dibekalkan oleh enjin 955 cc Superquadro silinder berkembar yang menghasilkan 155 hp pada 10,750 rpm dan 104 Nm pada 9,000 rpm. Pakej elektronik pula merangkumi Bosch ABS Cornering, Quick Shift, Traction Control, Wheelie Control, Engine Brake Control, tiga mod tunggangan dan paparan TFT 4.3 inci.

Menurut Ducati, harga Panigale V2 Bayliss 1st Championship 20th Anniversary bermula dari $21,000 (RM88,756) di Amerika Syarikat.

Previous post

Mazda Trademark Satu Logo ‘R’ Yang Sporty

Next post

Ford Ranger Dapat Kuasa Hidrogen Dan Mungkin Akan Datang Ke Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *