Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Panigale V2 Dilancarkan di Malaysia

Next Bike Sdn Bhd telah melancarkan Ducati Panigale V2 baharu yang merupakan pengganti kepada Panigale 959. Ia boleh ditempah di semua wakil pengedar Ducati mulai sekarang dengan harga RM109,900.

Selain reka bentuk lebih segar, superbike ‘entry-level’ ini turut mendapat enjin 955 cc, Superquadro V-twin yang diperbaharui yang menjana 155 hp pada 10,750 rpm dan 104 Nm pada 9,000 rpm, iaitu 5 hp dan 2 Nm lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Rangka monocoque aluminiumnya dipadankan dengan Showa Big Piston Fork (BPF) boleh laras berukuran 43 mm pada bahagian hadapan dan penyerap hentak Sachs pada bahagian belakang. Sistem suspensi ini dilengkapkan lagi dengan kehadiran mod tunggangan Race, Sport dan Street.

Sementara itu, pakej elektronik pula terdiri daripada ABS Cornering EVO; DucatiTraction Control (DTC) EVO2; Ducati Wheelie Control (DWC) EVO; Ducati Quick Shift (DQS) EVO2 dan Engine Brake Control (EBC) EVO.

Turut disertakan adalah Ducati Multimedia System (DMS) dan ciri DLT GPS yang boleh merakam dan menyimpan masa pusingan dan memaparkannya di panel instrumen setiap kali motosikal melintasi garisan penamat.

Previous post

Hyundai Kona Bakal Dilancarkan Pada Suku Keempat 2020

Next post

Ducati Panigale V4 dan V4 S Tiba di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *