Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

TTK Mengurangkan Jejak Karbon Dengan Scanai Ecolution

TTK Beli 10 New Truck Generation (NTG) Baharu

Pengarah Teo Tuan Kwee Sdn Bhd (TTK), Teo Chee Ben (Ben) baru-baru ini menandatangani perjanjian perkongsian Scania Ecolution untuk 10 trak penggerak utama (prime mover) New Truck Generation (NTG) di pejabat cawangannya.

Scania Ecolution merupakan perkongsian antara Scania dan pihak pelanggan dengan tujuan mengurangkan jejak karbon melalui penyelesaian yang menyeluruh. Tujuannya adalah untuk mengurangkan pelepasan Karbon Dioksida (CO2) melalui penggunaan bahan api yang lebih rendah, seterusnya mengurangkan kos operasi. Dalam mencapai matlamat ini, prestasi pemandu dan kenderaan dipantau melalui Scania Fleet Management Control 10 Package, yang akan dianalisis dan dibincangkan secara berkala antara TTK dan Scania supaya penyelesaian yang sesuai dapat dilaksanakan.

“Kami gembira bahawa cara kerja Scania Ecolution yang diperkenalkan oleh Scania untuk pelanggannya akan membantu menjimatkan lebih banyak bahan api dengan meningkatkan standard pemandu kami. Lebih penting, selepas bertahun-tahun, kami akhirnya dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan pelepasan Karbon Dioksida (CO2) dan memainkan peranan dalam mengurangkan perubahan iklim,” kata Ben.

“Kami menggunakan trak Scania sejak tahun 2000 dan kagum dengan prestasinya, terutama dari segi penjimatan bahan api. Kami mula membeli lebih banyak lagi trak Scania pada tahun 2012 dan sehingga kini, armada kami terdiri daripada 100 trak Scania yang dibeli dari Scania Malaysia,” kata Ben.

Setelah menggunakan trak Scania selama dua dekad, TTK mengalu-alukan New Truck Generation Scania yang mempunyai ciri reka bentuk seperti ‘powertrain’ yang canggih serta penyelesaian aerodinamik yang memberikan penjimatan bahan api sebanyak 3%.

Ciri utama lain NTG TTK termasuk reka bentuk dan bahagian depan serta casis baharu untuk dinamik yang lebih baik; penyelenggaraan berdasarkan pengendalian bagi meningkatkan masa operasi dan keuntungan; tempat duduk pemandu yang boleh diselaraskan dengan lebih baik, berhampiran pintu; ruang simpanan yang lebih besar; serta sistem ‘infotainment’ baharu dengan skrin sentuh bersaiz 7”.

Kaca depan yang besar dengan pandangan lebih luas membolehkan pemandu TTK mengendalikan trak dengan selesa dan selamat. Sistem Brek Elektronik (EBS), ‘Opticruise’, dan pembatas kelajuan yang terbina di dalamnya, menjadikan trak penggerak utama Scania antara yang paling selamat di dunia. Semua ciri teknologi canggih membolehkan trak penggerak utama ini berjalan dengan masa operasi yang terbaik.

Sebagai pilihan, beg udara sisi dan tirai berguling dan perencat (retarder) juga tersedia sebagai ciri keselamatan tambahan.

TTK (sebelum ini dikenali sebagai Syarikat Perniagaan dan Perwakilan Pengangkutan Teo) ditubuhkan pada tahun 1992 oleh pengasas Teo Tuan Kwee. Beliau memulakan perniagaan perkhidmatan pengangkutan tanker di jalan raya pada tahun 1978 sehingga kini. Memiliki sejumlah 320 trak pada masa ini, yang mana kebanyakannya merupakan trak Scania, TTK kini diterajui oleh Teo Chee Ben (Ben), anak sulung Teo Tuan Kwee. Beliau dibantu oleh kakak perempuannya, Teo Siew Bee, serta dua adik lelakinya, Teo Chee How dan Teo Chee Siong.

TTK mengkhusus dalam pengangkutan tanker untuk minyak sawit, lori tanker berlesen terikat ke/dari gudang terikat, perkhidmatan pengangkutan kargo jalan raya, pengangkutan kontena, pemuatan kargo profesional, pengedaran dan penyimpanan di gudang, pengurusan dokumentasi pelepasan kastam untuk pengangkutan jalan, udara dan laut, penghantaran kontena bersaiz 20 kaki dan 40 kaki ke seluruh dunia, perkhidmatan pewasapan serta penyewaan tangki minyak kosong untuk jangka pendek dan jangka panjang.

Dengan ibu pejabat dan depot di Batu Pahat, TTK juga mempunyai pejabat cawangan dan dua depot di Masai, dan satu lagi depot di Pasir Gudang. “Setelah melakukan penyelidikan dan pengembangan selama bertahun-tahun lamanya, Scania mencatat satu lagi pencapaian dengan memperkenalkan New Truck Generation Scania. Melalui perkongsian Scania Ecolution, TTK akan terus maju dalam perniagaan mereka selain menambahkan keuntungan sambil menjaga alam sekitar,” kata Anders Liss, Regional Manager – Region South dan Country Manager – Singapore.

Previous post

Ford Mendedahkan Edisi Emas Puma ST Yang Direka Oleh Peminat

Next post

Volvo Cars Akan Menggunakan Keluli Tanpa Fosil Untuk Kereta Masa Depan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *