Cerita Auto

Nissan 400Z Sah Akan Dilancarkan 17 Ogos Ini

Persaingan dalam segmen kereta sport pasaran domestik Jepun (JDM) dilihat semakin hangat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kehadiran model-model baharu. Empat tahun lalu, Honda Civic Type R (FK8) membuat kemunculan sulungnya, diikuti dengan model yang ditunggu-tunggu iaitu Toyota GR Supra dua tahun kemudian.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-29

Walaupun dunia terjejas teruk akibat pandemik, Toyota sempat melancarkan GR Yaris pada 2020 dan pada Jun tahun ini, 86 generasi kedua (digelar sebagai GR86) diperkenalkan bersama-sama dengan Subaru BRZ. Kini, tiba giliran Nissan pula untuk masuk ke gelanggang dengan model Z terbaru mereka.

Menurut Nissan, versi produksi kereta sport itu akan diperkenalkan secara rasmi pada 17 Ogos ini menerusi saluran Youtube rasmi Nissan. Ia masih belum mempunyai nama rasmi namun ramai yang menjangkakan ia menggunakan nama ‘400Z’.

Reka bentuk dalam dan luarannya juga dijangka tidak jauh berbeza dengan Z Proto yang didedahkan setahun lalu dan ini disahkan oleh gambar yang tertiris pada Mac lalu. Di bawah hud pula terdapat enjin 3.0-liter twin-turbo V6 yang dipinjam daripada Infiniti Q50 dan Q60, dengan kuasa sekitar 400 PS. Ia didatangkan standard dengan transmisi manual enam kelajuan yang memacu roda belakang. Ura-ura mengatakan yang transmisi automatik juga akan ditawarkan.

Previous post

Ducati Dedah Diavel 1260 S Edisi "Black And Steel"

Next post

Volkswagen Tuntut EUR11.2M Dari Martin Winterkorn Kerana Dieselgate

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *