Berita Auto

Nissan 400Z Bakal Hadir Dengan Enjin Twin-Turbo V6

Berita baik untuk peminat Nissan 370Z! Autocar melaporkan bahawa pengganti model itu bakal menjadi realiti dan mungkin akan diperkenalkan dalam masa setahun lagi.

Menurut laman web automotif UK itu, model tersebut berkemungkinan besar menggunakan nama ‘400Z’ dan enjin twin-turbo 3.0-liter V6 yang dipinjam daripada Infiniti Q60.

Di dalam model coupe dua pintu itu, enjin tersebut menjana 400 hp dan 475 Nm, sekaligus membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.0 saat.

Tidak dinafikan terdapat kemungkinan yang 400Z akan mendapat jumlah kuasa yang sama (supaya sesuai dengan namanya) dengan penawaran transmisi manual di samping transmisi automatik tujuh kelajuan sedia ada.

Dari segi prestasi, kereta sport Nissan itu dilihat mampu mengatasi kemampuan Q60 memandangkan ia lebih ringan.

Tambah Autocar lagi, Nismo juga mungkin masuk campur untuk menghasilkan versi yang lebih ‘hardcore’ dengan sistem suspensi yang ditala dan penggayaan agresif.

Setakat ini tiada tarikah pelancaran diberikan. Sumber menyatakan bahawa ia mungkin diperkenalkan dalam masa 12 bulan namun pandemik koronavirus yang sedang melanda mungkin akan menyebabkan kelewatan.

Pada bulan lalu, Nissan mendaftarkan tanda dagang untuk logo ‘Nissan’ dan ‘Z’ baharu. Mungkinkah 400Z bakal menjadi model Nissan pertama yang menampilkan logo baharu syarikat itu? Sama sama kita nantikan.

Previous post

SDAC Tawar Rebat RM7,000 Untuk Ford Ranger WildTrak

Next post

Saingan Geely Binrui MG6 Dapat Facelift Di China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *