Berita Auto

Toyota GR Supra Akhirnya Tiba!

Toyota GR Supra – ya, inilah nama rasmi kereta sport Toyota yang ditunggu-tunggu sejak bertahun lamanya. Model generasi kelima (A90) ini telah didedahkan secara rasmi di acara Detroit Auto Show 2019.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Ia bukanlah satu rahsia bahawa model ini dibangunkan dengan kerjasama BMW dan berkongsi platform dengan Z4 baharu. Tetapi tidak seperti dalam kes Toyota 86 dan Subaru BRZ, Supra menampilkan reka bentuk yang diinspirasikan oleh model konsep FT-1 yang berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan Z4.

2020-toyota-supra-4

Namun lain pula ceritanya dengan ruang dalaman, di mana butang-butang kawalan dan tombol gear jelas diambil terus daripada BMW. Panel instrumen terdiri dari skrin warna definisi tinggi bersaiz 8.8 inci yang boleh memaparkan tachometer dan penunjuk masa menukar gear. Pelanggan juga boleh mendapatkan paparan HUD yang ditawarkan secara pilihan.

2020-toyota-supra-2

Tidak seperti model terdahulu, GR Supra akan ditawarkan dengan dua pilihan enjin keluaran BMW. Enjin turbo 2.0-liter empat silinder digunakan bagi varian asas dan pertengahan, masing-masing dengan 197 PS/320 Nm dan 258 PS/400 Nm, manakala enjin turbo 3.0-liter enam silinder sebaris yang menjana 340 PS dan 500 Nm adalah eksklusif untuk varian teratas.

2020-toyota-supra-7

Ketiga-tiga varian dilengkapi dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan roda belakang. Bagi pecutan 0-100 km/j, varian asas dan pertengahan masing-masing memerlukan 6.5 dan 5.2 saat, manakala varian teratas boleh melakukannya dalam 4.3 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 249 km/j.

2020-toyota-supra-launch-edition-6

Bergantung pada varian, GR Supra dilengkapi dengan sistem suspensi boleh laras (Adaptive Variable Suspension System) yang berfungsi untuk menyesuaikan daya redaman berdasarkan keadaan permukaan jalan dan input pemandu. Ia juga mempunyai Active Differential yang bekerja sama secara rapat dengan Vehicle Stability Control (VSC).

2020-toyota-supra-3

Bagi pasaran Amerika Utara, GR Supra dengan enjin 3.0 dijual dengan harga dari $49,990 hingga $55,250 (RM204,809 hingga RM226,359). Sebagai model global, ia dipasang di kilang Magna Steyr yang terletak di Graz, Austria.

2020-toyota-supra-9

2020-toyota-supra-5

2020-toyota-supra-8

2020-toyota-supra-10

 

 

 

Previous post

SUV Mitsubishi Eclipse Cross Ialah Apa Yang Kita Perlukan Segera!

Next post

Genesis Menggunakan Lexicon Hi-Fi ....... Terbaik Dalam Penyampaian Bunyi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *