Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Dedah Diavel 1260 S Edisi “Black And Steel”

Selepas melancarkan Diavel 1260 Lamborghini pada November tahun lalu, Ducati kini memperkembangkan lagi barisan model Diavel 1260 dengan versi terbaru yang dikenali sebagai ‘Black and Steel’.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-28

Diinspirasikan oleh model konsep Diavel “Materico” yang diperkenalkan di Milan Design Week 2019, jentera ini tampil dengan livery tiga tona yang mengetengahkan kelabu glos dan hitam matte sebagai warna utama, dan kemasan kuning pada kerangka, ekor dan beberapa bahagian lain sebagai sentuhan sporty yang sesuai dengan karakternya.

Walaupun mempunyai penampilan yang lebih garang, Diavel 1260 S Black and Steel kekal dengan enjin Testastretta DVT bersesaran 1,262 cc yang menjana 159 hp dan 129 Nm. Casisnya terdiri daripada sistem suspensi boleh laras keluaran Ohlins pada bahagian hadapan dan belakang, manakala sistem brek pula dibekalkan oleh Brembo.

Edisi terbaharu ini menyertai versi S dalam warna Thrilling Black dan Dark Stealth yang mempunyai kerangka merah dan roda hitam, serta versi standard yang didatangkan dalam warna Dark Stealth dengan kerangka dan roda hitam.

Di Malaysia, Diavel 1260 S dijual pada harga RM139,900. Adakah edisi “Black and Steel” ini akan dibawa masuk oleh Next Bike? Sama-sama kita nantikan.

Previous post

Facelift 2022 Untuk Model BMW X3 M Dan X4 M

Next post

Nissan 400Z Sah Akan Dilancarkan 17 Ogos Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *