Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Diavel 1260 ‘Lamborghini’ Ambil Semangat Sian FKP 37

Dua jenama yang bernaung di bawah Volkswagen Group iaitu Ducati dan Lamborghini telah bekerjasama bagi menghasilkan motosikal edisi khas iaitu Diavel 1260 ‘Lamborghini’. Terhad kepada 630 unit sahaja, jentera ini diinspirasikan oleh Sian FKP 37 yang diperkenalkan pada tahun lalu.

Seperti yang boleh dilihat, motosikal ini tampil dengan beberapa elemen rekaan yang dipinjam daripada supercar tersebut. Ini termasuk rim, serta lubang ambilan udara dan pelindung radiator gentian karbon. Ia juga memakai warna yang sama iaitu Verde Gea (hijau) dengan perincian Oro Electrum (emas).

Selain itu, motif heksagon dan Y yang digunakan secara meluas pada Sian boleh dilihat pada reka bentuk ekzos dan corak pada pelana. Turut disertakan adalah nombor 63 yang merujuk kepada tahun Lamborghini diasaskan iaitu 1963.

Direka oleh studio rekaan Centro Stile Ducati, setiap perincian Diavel 1260 Lamborghini diperbuat daripada gentian karbon. Selain lubang ambilan udara dan pelindung radiator, pelindung ekzos, spoiler, pelindung tangki minyak, penutup pelana, papan pemuka dan bingkai lampu hadapan juga diperbuat daripada bahan yang sama.

Tiada maklumat mengenai penambahbaikan mekanikal model edisi istimewa ini. Seperti versi standard, ia dijangka mengekalkan enjin Testastretta DVT 1,262 cc silinder V berkembar dengan 159 hp dan 129 Nm.

Previous post

Seakan 10,000 Pokok Ditanam Dalam Usaha Mengurangkan Pelepasan CO2

Next post

Naran Automotive Perkenal Model Hyper Coupe Dengan 1,048 PS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *