Berita Auto

Lamborghini Sián – Supercar Hibrid Pertama dari Sant’Agata Bolognese

Siapa sangka, teknologi hibrid yang dahulunya digunakan pada kereta-kereta kecil kini mula diterima pakai oleh pengeluar-pengeluar supercar terkenal.

Lamborghini Sián

Selepas Ferrari, Porsche dan McLaren, kini tiba giliran Lamborghini pula untuk memperkenalkan supercar hibrid mereka sendiri. Dikenali dengan nama Sián yang bermaksud ‘kilat’ atau ‘petir’ dalam dialek Bologna, ia merupakan seteru sejati kepada SF90 Stradale, 918 Spyder dan juga P1.

lamborghini-sian (2)

Sián mempunyai 819 hp, di mana 785 hp dibekalkan oleh enjin V12 dan selebihnya dijana oleh motor elektrik 48 volt yang diletakkan di dalam transmisi bagi mendapatkan tindak balas yang segera. Ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum melebihi 350 km/j.

lamborghini-sian (3)

Selain masa pecutan yang pantas, satu lagi kehebatan Sián adalah ia menggunakan teknologi supercapacitor yang dikatakan tiga kali lebih berkuasa berbanding bateri lihtium-ion yang sama berat dan tiga kali lebih ringan berbanding bateri lithium-ion dengan jumlah kuasa yang sama.

lamborghini-sian (4)

Selain itu, supercapacitor itu juga akan dicas sepenuhnya setiap kali Sián membrek. Tenaga yang disimpan akan ditukarkan menjadi kuasa kilas tambahan semasa jentera ini memecut pada kelajuan sehingga 130 km/j.

lamborghini-sian (1)

Pengeluaran Sián akan dihadkan kepada 63 unit sahaja dan setiap satunya akan dikustom mengikut citarasa pemilik masing-masing menerusi Lamborghini Centro Stile dengan kerjasama program Lamborghini Ad Personam. Unit yang dipaparkan ini menampilkan warna Verda Gea (hijau) yang dipadankan dengan Oro Electrum (emas elektrik). Ia bakal dipamerkan di Frankfurt Motor Show 2019 yang berlangsung pada bulan ini.

Previous post

The Last Overland Tiba di Thailand

Next post

Pelan Insurans Volkswagen Tawar Perlindungan Lebih Baik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *