Khidmat Masyarakat

Pemandu Sukarelawan Diperlukan Untuk Program Pengangkutan Percuma GoVax

Anda kebosanan di rumah tetapi tidak boleh keluar kerana ‘lockdown’ yang sedang berkuat kuasa? Dengan menyertai program sukarelawan GoVax Heroes yang dijalankan oleh GoCar, anda kini boleh melepaskan rindu memandu di jalan raya.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-45

Tetapi janganlah anda memandu mengikut perasaan pula kerana anda sebenarnya akan ditugaskan untuk membawa warga emas berumur 60 tahun ke atas serta golongan kurang upaya/kelainan upaya (OKU) ke pusat pemberian vaksin di sekitar daerah Petaling.

Terdapat beberapa manfaat sekiranya anda ingin menjadi sukarelawan program ini. Pertama sekali, anda tidak perlu memandu kereta sendiri kerana kenderaan akan disediakan oleh pihak GoCar. Bukan itu sahaja, kos petrol dan parkir akan ditanggung oleh syarikat itu.

Tambahan pula, jadual kerja dan rutian harian anda tidak akan terganggu kerana program ini hanya diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad. Jadi, apa salahnya jika anda meluangkan masa yang ada dengan berbakti kepada komuniti.

Berminat? Sekiranya anda memenuhi syarat iaitu berumur antara 18 hingga 50 tahun dan memiliki lesen memandu yang sah, anda boleh mendaftar di sini.

Sejak program GoVax dilancarkan pada 25 Mei lalu, GoVax Heroes yang terdiri daripada pekerja dan kakitangan GoCar Malaysia telah menghantar lebih 300 orang warga emas dan OKU ke pusat vaksinasi.

Previous post

Gimik Jualan Kenderaan Elektrik Adalah Prestasi, Bukan Kerana Ia Mesra Alam

Next post

Sedan Honda Civic Baharu Sudah Masuk Bilik Pameran Pengedar AS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *