Hibrid, Elektrik, Hidrogen

GoCar Muat Naik chargEV Kedalam Aplikasi Mereka 

GoCar berkolaborasi dengan Green EV Charge untuk meningkatkan kemudahan pengecasan EV di seluruh negara dengan mengintegrasikan platform mudah alih chargEV dengan aplikasi GoCar.

Bulan lalu, GoCar Malaysia bekerjasama dengan JomCharge’s EV Connection agar rangkaian pengecasan EV mereka tersedia pada apl GoCar. Minggu ini, aplikasi GoCar mengembangkan lagi rangkaian stesen pengecas kenderaan elektrik mereka. Ini berikutan dengan perkongsian baharu antara GoCar Malaysia dan Green EV Charge (syarikat usaha sama antara Yinson Green Technologies (M) Sdn Bhd dan GreenTech Malaysia Alliances Sdn Bhd).

Ini akan membolehkan ahli GoCar mendapat akses ke stesen chargeEV terus daripada apl GoCar. Rangkaian chargEV kini adalah yang terbesar di Malaysia dengan 400 stesen pengecasan di seluruh negara.

Tidak lama lagi (kami berharap) beginilah agaknya rupa dan fungsi stesen pencegas EV di serata Malaysia nanti:

Berikut ialah siaran media GoCar Malaysia dengan lebih maklumat.

SIARAN MEDIA

GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan hari ini mengumumkan kolaborasi dengan Green EV Charge – sebuah syarikat kerjasama di antara Yinson Green Technologies (M) Sdn Bhd dan GreenTech Malaysia Alliances Sdn. Bhd. Matlamat kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kemudahan pengecasan EV di seluruh negara dengan mengintegrasikan platform mudah alih chargEV dengan aplikasi GoCar.

Kerjasama itu membolehkan ahli GoCar dan pengguna EV lain mendapatkan akses lebih mudah dan ketersambungan lebih baik ke atas semua stesen chargEV secara langsung daripada aplikasi GoCar tanpa perlu menukar platform. chargEV merupakan rangkaian pengecasan EV terbesar di Malaysia dengan lebih 400 stesen di seluruh negara.

Fasa pertama integrasi itu akan membolehkan pengguna aplikasi GoCar untuk melihat lokasi, kebolehdapatan dan jenis pengecas dalam rangkaian chargEV.

Penambahbaikan pada fasa seterusnya adalah integrasi seperti pra-tempahan pengecas EV, menjadualkan pengecasan, membuat pembayaran dan memantau proses mengecas.

Kolaborasi dengan Green EV Charge merupakan usaha terkini GoCar untuk mengembangkan akses pengalaman EV kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Syarikat baru-baru ini bekerjasama dengan EV Connection untuk menawarkan pengguna aplikasi GoCar kepada lebih banyak stesen pengecasan dalam rangkaian JomCharge.

Syarikat juga telah mengembangkan perkongsian serta langganan GoEV yang kini merangkumi model-model seperti Nissan Leaf, Hyundai Kona E-Max dan E-Lite. Ia mensasarkan untuk menambahnya kepada lebih 100 unit EV menjelang tahun 2022. 

Menerusi GoEV, ahli GoCar boleh merasai pengalaman memandu sebuah EV selama sejam, sehari atau sebulan, malah setahun hingga tiga tahun. Berdasarkan kepada data yang dikumpul hingga ke hari ini, daripada 1,000 pengguna GoEV yang telah mencatat perjalanan lebih 500,000km, 90 peratus merupakan pengguna EV kali pertama. 

“Kami teruja mengenai kerjasama dengan Green EV Charge. Menambah baik ketersambungan dengan chargEV akan dapat membantu meningkatkan pengalaman pengecasan EV pelanggan di seluruh Malaysia.

“Kami berbangga untuk menjuarai cara bergerak yang lebih pintar dan mesra alam. GoEV menyaksikan kejayaan dalam menjadikan EV lebih mampu milik dan mudah diakses oleh orang ramai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.

“Integrasi dengan JomCharge dan kini chargEV akan menawarkan akses yang lebih baik. Melalui aplikasi mudah alih GoCar, sesiapa sahaja pengguna EV, bukan sekadar ahli GoCar boleh berhubung dengan kedua-dua rangkaian ini untuk keperluan pengecasan EV mereka,” tambahnya.

Naib Presiden Kanan Elektromobiliti Yinson GreenTech, Ruslin Tamsir berkata, “Sebagai penyedia utama infrastruktur pengecasan EV di Malaysia, chargEV teruja untuk bekerjasama dengan GoCar yang merupakan platfirm perkongsian kenderaan berdasarkan kepada permintaan yang paling pantas berkembang di Malaysia. Kami percaya bahawa sistem sokongan baharu pada chargEV dan aplikasi mudah alih bersama rangkaian infrastruktur pengecasan EV kami yang pantas berkembang akan dapat menyokong pertumbuhan rangkaian dan asas pengguna GoCar. Dengan kerjasama ini, kami percaya dapat menjadikan EV sebagai satu pilihan pengangkutan yang menarik dan mapan di Malaysia.”

Kerja-kerja telah dijalankan untuk menaik taraf dan memodenkan rangkaian, perkhidmatan serta sistem sokongan chargEV, selari dengan misi mempercepatkan penyediaan infrastruktur pengecasan EV di Malaysia.

Pelanggan boleh melihat lokasi, kebolehdapatan dan maklumat jenis penyambung pengecas, selain mendapatkan arahan penggunaan pada masa sebenar. Syarikat telah menambah baik pengalaman khidmat pelanggan dan akses pantas kepada hotline sokongan melalui aplikasi mudah alih chargEV.

Aplikasi itu kini menawarkan lebih fleksibiliti dengan pilihan langganan dan bayaran mengikut penggunaan bagi memenuhi keperluan pelanggan, selain menawarkan akses lebih baik kepada semula kenderaan elektrik. 

Untuk mendaftar keahlian GoCar dan menikmati pengalaman memandu sebuah EV yang senyap, bersih serta berkuasa, muat turun aplikasi mudah alih GoCar di sini.

Maklumat lanjut mengenai GoCar, sila layari laman web https://hi.gocar.my atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter e GoCar Malaysia.

Previous post

Tolonglah JPJ! Kami Perlu Tingkap Gelap Untuk Selamatkan Dalaman Kereta

Next post

Dongfeng Aeolus Haoji Dilancarkan Di China Harga USD31,800

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *