Promosi / Tawaran / Peraduan

Ganjaran Hebat Nissan Sempena Lanjutan Pengecualian SST

Bersempena dengan pelanjutan pengecualian cukai jualan (SST) baru-baru ini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini mengumumkan kempen ‘Nissan Great Rewards’ yang menawarkan pelbagai tawaran menarik seperti penjimatan cukai jualan, ansuranan bulan yang rendah dengan program Flexi Financing dan pakej aksesori atau penyelenggaran.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-21

Almera Turbo kini didatangkan dengan pakej aksesori Urban bernilai sehingga RM5,500 dan tawaran pembiayaan Flexi Financing bermula dari RM530 sebulan. Sementara itu, promosi istimewa penjawat awam menawarkan Almera Turbo VL pada harga bermula RM71,906.

Selain itu, Navara juga boleh didapati dengan tawaran Flexi Financing dengan bayaran ansuran hanya RM960 sebulan. X-Trail pula tampil dengan pakej aksesori IMPUL atau Aero Edition bernilai sehingga RM5,600 dan tawaran Flexi Financing dari RM1,020 sebulan, manakala Serena S-Hybrid mendapat servis percuma selama tiga tahun (termasuk alat ganti dan kos buruh) dan tawaran Flexi Financing RM1,080 sebulan.

Sebagai tambahan, pelanggan boleh membuat tempahan untuk model-model di atas menerusi Nissan Flagship Store di platform Lazada dengan bayaran serendah RM250.

Untuk maklumat lanjut, layari bilik pameran dalam talian Nissan di www.nissan.com.my atau hubungi hotline Nissan Customer Care Centre di 1800-88-3838..

Previous post

UMW Toyota Motor Tangguh Sementara Operasi Kilang Dan Jualan

Next post

Sportage Gen Ke 5 Didedahkan Sepenuhnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *