Berita Auto

Pengecualian Cukai Jualan Kenderaan Dilanjutkan Sehingga 31 Disember 2021

Pengecualian cukai jualan (SST) ke atas kenderaan penumpang yang sedang berkuat kuasa sepatutnya berakhir pada 30 Jun hadapan namun semasa perutusan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa PLUS) semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa kerajaan bersetuju untuk melanjutkannya untuk tempoh enam bulan lagi sehingga 31 Disember 2021.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-2

Pengecualian SST pertama kali diumumkan pada Jun 2020 sebagai sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). Menerusi inisiatif ini, cukai jualan untuk kenderaan penumpang yang dipasang secara tempatan (CKD) dikecualikan 100 peratus, manakala kenderaan import (CBU) pula menikmati pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus.

Dalam fasa pertama, pengecualian tersebut berkuat kuasa dari 15 Jun hingga 31 Disember 2020. Kemudian pada penghujung tahun lalu, kerajaan mengumumkan bahawa ia akan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021. Kini, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘total lockdown’ di seluruh negara selama 14 hari bermula hari ini, kerajaan mengambil keputusan untuk sekali lagi melanjutkan pengecualian berkenaan.

Previous post

Honda Malaysia Gantung Sementara Operasi Hingga 14 Jun

Next post

Kia Europe Menghasilkan 4 Juta Kereta Dari Kilang Slovakia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *