Motosikal / Lain Lain Roda

Aprilia Tuono 660 Masuk Pasaran Malaysia

Tiga bulan selepas melancarkan Aprilia RS660, Didi Resources Sdn Bhd, selaku pengedar rasmi jenama motosikal Itali itu, kini memperkenalkan pula versi ‘naked’ iaitu Tuono 660. Model ini dikatakan mengambil seni bina casis dan pakej elektronik terus daripada Tuono V4.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-1

Kuasa untuk Tuono 660 dibekalkan oleh enjin silinder berkembar selari bersesaran 659 cc yang menghasilkan 100 hp dan 67 Nm. Menurut Aprilia, transmisi yang digunakan mempunyai nisbah ‘final drive’ yang lebih pendek berbanding RS660, memberikannya pecutan yang lebih responsif.

Dari segi reka bentuk, Tuono 660 mempunyai penampilan yang agresif dan sporty yang disampaikan menerusi fairing berkembar dengan fungsi aerodinamik, serta tiga lampu utama LED lengkap dengan lampu nyalaan siang (DRL).

Tersembunyi di sebalik fairing tersebut adalah struktur ringan yang diperbuat daripada aluminium yang dipadankan dengan sistem suspensi Kayaba boleh laras. Kedudukan bar hendal yang tinggi serta seni bina casis membezakan model ini dengan RS660, serta memberikannya kawalan yang lebih lincah dan responsif.

Sementara itu, sistem elektronik pula terdiri daripada pendikit Ride-by-Wire dan kawalan elektronik Aprilia Performance Ride Control (APRC) yang merangkumi Traction Control, Anti-Wheelie Control, Cruise Control, Engine Brake, Selectable Engine Maps serta sistem ABS.

Selain itu, jentera ini juga dilengkapi dengan lima mod tunggangan iaitu tiga untuk jalan raya dan dua untuk litar lumba. Semuanya boleh diakses menerusi panel instrumen TFT.

Aprilia Tuono 660

Untuk pasaran Malaysia, Tuono 660 boleh didapati dalam satu warna sahaja iaitu Concept Black dan ia dijual pada harga RM77,900.

Previous post

Land Rover Defender 110 Kenderaan Elektrik Dibina Oleh Himalaya

Next post

Honda Malaysia Gantung Sementara Operasi Hingga 14 Jun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *