Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Land Rover Defender 110 Kenderaan Elektrik Dibina Oleh Himalaya

Kenderaan ikonik berkuasa bateri sepenuhnya ini dihasilkan oleh Himalaya.

Terdapat pergerakan yang semakin meningkat di Eropah dan Amerika Utara untuk kenderaan ikonik dan kenderaan klasik dihidupkan kembali sebagai kenderaan berkuasa bateri. Ya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sebilangan kecil bengkel khusus telah memasang semula motor elektrik ke dalam kenderaan klasik dan memberinya hafas baharu. Malangnya, bukan untuk Malaysia. Belum lagi!

Sudah tentu, die-hard petrol-head mungkin tidak akan menerimanya dan kehilangan asap ekzos adalah kebimbangan terbesar mereka.

Well, dunia sedang melalui perubahan drastik kerana isu perubahan iklim yang semakin meningkat dan banyak negara Eropah sudah mula memberi tarikh akhir pengeluaran kenderaan bertenaga petrol dan diesel untuk dijual dan lebih teruk lagi, pengharaman enjin pembakaran (petrol dan diesel) di pusat bandar utama. London, Stuttgart dan Munich hanyalah beberapa contoh.

Lebih banyak bandar utama di seluruh Eropah bahkan Asia sedang berusaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dan kerana itu penukaran kepada kuasa bateri untuk kenderaan ikonik anda akan membolehkan anda terus menggunakan kenderaan klasik anda selama bertahun-tahun yang akan datang.

Ini adalah satu syarikat yang memberikan perkhidmatan untuk pencinta Defender 110. Ianya adalah penukaran kepada elektrik bateri penuh untuk ikon 4 × 4 di mana ia dibaikpulih dan ditukar elektrik oleh syarikat bernama Himalaya. Ini adalah syarikat yang sama yang pada bulan Januari 2019 melancarkan versi Specter 110.

Defender 4 × 4 one-of-a-kind ini mempunyai motor elektrik 750v yang dikuasakan oleh bateri 95 kWh. Dalam keadaan paling sesuai, anda boleh memandu sejauh 200 batu (sekitar 320 kilometer) tanpa perlu berhenti dan cas semula.

Menggunakan transmisi manual lima-kelajuan (ya BUKAN automatik), kenderaan elektrik ini masih membenarkan ‘no-shift driving’ sambil menghasilkan 275 kuasa kuda dan 406 lb-ft. tork (550Nm tork). Penukaran brek cakera, subwoofer padat dan penggantungan suspensi dua inci juga disertakan sebagai sebahagian daripada restorasi ini.

Di dalamnya anda mendapat tempat duduk kulit yang memeluk tubuh, skrin sentuh serasi Bluetooth, tingkap belakang yang indah dan panel empuk sentuhan lembut.

Pemandu mendapat stereng MOMO dan di atas roda Land Rover Sawtooth 18 inci dengan tayar 33 inci lebar dan mencengkam. Selain itu, terdapat gauge moden, suspension lift, brek cakera, stereo skrin sentuh dengan Bluetooth dan subwoofer.

Untuk perjalanan jauh, front-runner roof rack menguasai bahagian atas Defender untuk lebih banyak pilihan ruang simpan. Dipadankan dengan dalaman hitam, bahagian luar putih Alpine diserlahkan oleh penanda sisi dan lampu depan LED.

Dengan harga USD210,000 (sekitar RM870,000 sebelum cukai tempatan dan kos pengangkutan) ini mungkin merupakan kenderaan persaraan yang anda cari-cari.

Previous post

Inilah Cara Porsche Menyerahkan Kereta Baharu Semasa Pandemik

Next post

Aprilia Tuono 660 Masuk Pasaran Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *