Bisnes

Mitsubishi Motors Malaysia Catat Angka Jualan Bersejarah Pada April 2021

2021 dilihat tahun yang sangat baik untuk Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) setakat ini, dengan syarikat itu mencatat angka jualan yang kukuh sejak Januari lalu. Kini memasuki suku kedua tahun ini, MMM nampaknya bermula dengan baik apabila merekodkan jualan sebanyak 1,872 unit pada bulan lalu, sekaligus meletakkannya dalam kedudukan tiga teratas dalam ranking jenama bukan nasional untuk bulan keempat berturut-turut.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-15

Menurut MMM, lebih separuh (982 unit atau 52%) daripada angka jualan tersebut disumbangkan oleh Xpander. Syarikat itu berkata bahawa mereka telah menerima lebih 10,000 tempahan untuk crossover MPV tujuh tempat duduk itu sejak ia dilancarkan pada November 2020. Setakat ini, sebanyak 3,800 unit telah pun diserahkan kepada pemilik di seluruh negara.

Walaupun terdapat banyak cabaran yang kami hadapi dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini, kami terus berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi permintaan kukuh Xpander dengan meningkatkan kapasiti produksi kami sambil mengekalkan kualiti produk yang tinggi,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.

Bagi Triton pula, walaupun berdepan saingan sengit daripada pesaing-pesaingnya yang baru dilancarkan, trak pikap itu menunjukkan prestasi positif pada bulan lalu dengan jualan sebanyak 680 unit bagi varian Triton dan 142 unit bagi Triton Athlete. Prestasi ini mewakili pegangan pasaran hampir 20%, kata MMM.

“Kami sedar terdapat sejumlah besar pelanggan yang mensasarkan untuk membeli kereta mereka sebelum pengecualian SST berakhir pada akhir Jun ini. Walaupun menghadapi cabaran kekurangan bekalan, Mitsubishi Motors berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi jangkaan pelanggan,” tambah Shinnishi.

Previous post

Tayar Run-Flat Berbanding Kit Repair Tayar Di Malaysia

Next post

NIO Akan Mula Jual EV Di Norway Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *