Motosikal

Yamaha YZF-R25 Kini Dalam Warna Metallic Cyan

Untuk model tahun 2021, Yamaha YZF-R25 boleh didapati dalam warna baharu iaitu Metallic Cyan yang menggantikan warna Matte Silver 2020. Warna biru masih lagi ditawarkan.

Diperkenalkan buat pertama kali pada Januari 2019, R25 menampilkan reka bentuk ala R1 yang diserlahkan lagi menerusi lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang.

Sistem suspensinya terdiri daripada fork terbalik (USD) di depan dan monoshock dengan ‘preload’ boleh laras di belakang. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan panel instrumen LCD baharu yang mempunyai lampu isyarat menukar gear bagi memudahkan penunggang.

Seperti sebelum ini, R25 mempunyai 35.5 hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm pada 10,000 rpm yang dibekalkan oleh enjin 250 cc dua silinder selari. Transmisi enam kelajuan ditugaskan untuk menyalurkan kuasa ke roda.

Menurut Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), harga YZF-R25 kekal seperti tahun sebelumnya iaitu RM19,998 (tidak termasuk cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans). Setiap pembelian didatangkan dengan kunci brek cakera bernilai RM100.

Previous post

Nissan e-NV200 Winter Camper Untuk Ekspedisi Musim Sejuk

Next post

Nissan, Isuzu dan Honda Tutup Kilang Di Filipina

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *