Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha MT-09 Kini Dalam Warna Tech Black Dan Cyan Storm

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan dua pilihan warna baharu untuk Yamaha MT-09 iaitu Tech Black dan Cyan Storm. Harga jualan model itu tidak berubah iaitu RM54,998 tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

Seperti sebelum ini, kuasa MT-09 dibekalkan oleh enjin Crossplane tiga silinder bersesaran 889 cc yang menghasilkan 119 PS pada 10,000 rpm dan 93 Nm pada 7,000 rpm. Jumlah tersebut 4 PS dan 5.5 Nm lebih tinggi berbanding model terdahulu yang dikuasakan oleh enjin 847 cc.

MT-09 menampilkan rangka aluminium Deltabox dengan fork 41 mm boleh laras dan suspensi monoshock belakang. Sistem brek pula terdiri daripada cakera berukuran 298 mm di depan dan 245 mm di belakang. Kapasiti tangki minyak adalah 14 liter manakala berat keseluruhan jentara ini adalah 189 kg.

Untuk sistem elektronik pula, MT-09 dilengkapi dengan unit pengukuran inersia (IMU) enam paksi yang merangkumi tiga ciri bantuan penunggang iaitu Traction Control System (TCS), Slide Control System (SCS) dan Front-Wheel Lift Control System (LIF).

Semua maklumat penting boleh diakses menerusi paparan TFT berukuran 3.5 inci yang mempunyai tachometer jenis bar yang berubah warna apabila RPM naik atau turun. Butang kawalan untuk paparan ini terletak pada bahagian kiri bar hendal.

Selain itu, MT-09 juga menampilkan lampu LED tunggal seperti ‘cyclops’ yang diapit oleh sepasang lampu nyalaan siang dan lampu LED belakang dengan grafik berbentuk ‘Y’.

Previous post

Isuzu D-Max X-Terrain Kini Dengan 4 Ciri Baharu

Next post

MAN Malaysia Serah 7 Unit Trak Baharu Kepada Pelanggan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *