Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha YZF-R25 2020 – RM19,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan Yamaha YZF-R25 versi 2020 yang ditawarkan dalam dua warna baharu iaitu biru matte dan kelabu matte.

Diperkenalkan pada Januari tahun lalu, R25 hadir dengan rekaan ala R1 yang diserlahkan lagi menerusi lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock dengan preload boleh laras di belakang. Ia juga mendapat panel instrumen LCD baharu lengkap dengan lampu isyarat menukar gear.

Kuasa dibekalkan oleh enjin dua silinder selari bersesaran 250 cc yang menghasilkan 35.5 hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm pada 10,000 rpm. Enjin ini digandingkan dengan transmisi enam kelajuan.

Apa yang menarik, harga model 2020 tidak berubah iaitu RM19,998 (tidak termasuk cukai jalan, nombor plat dan insurans). Ia boleh didapati di semua wakil pengedar sah HLYM bermula 17 Februari 2020.

Previous post

Porsche 911 Kini Boleh Didapati Dengan Pakej SportDesign dan Aerokit

Next post

Honda Jazz, City dan CR-V Ungguli Kaji Selidik J.D. Power Malaysia 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *