Berita Auto

Porsche 911 Kini Boleh Didapati Dengan Pakej SportDesign dan Aerokit

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Porsche 911 adalah antara kereta sport paling cantik pernah dihasilkan. Namun, ini tidak bermakna penampilannya tidak boleh dipertingkatkan lagi.

Bagi pemilik generasi 992 yang ingin menjadikan jentera mereka lebih menonjol, divisyen Porsche Exclusive Manufaktur kini mempunyai jalan penyelesaian berupa pakej SportDesign dan Aerokit.

Pakej SportDesign merangkumi apron hadapan yang direka semula dan lip spoiler, serta bampar belakang baharu yang menempatkan lubang ambilan udara dan nombor plat pada kedudukan yang lebih tinggi.

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan skirt sisi SportDesign yang akan membuatkan jentera mereka kelihatan lebih rendah.

Sementara itu, pakej Aerokit menampilkan komponen yang sama dengan SportDesign namun dengan tambahan splitter hadapan yang lebih besar dan spoiler belakang ala model GT.

Menurut Porsche, pakej Aerokit telah diuji di dalam terowong udara di Weissach dan juga di litar Nardo di mana ia menjalani ujian sepanjang 55,000 km bagi memastikan ia dapat mengurangkan daya ‘uplift’ pada gandar hadapan dan belakang.

Kedua-dua pakej ini boleh dipesan dalam warna badan atau dengan kemasan hitam berkilat.

Previous post

NAP 2020 Bocor: Elektrifikasi Akan Dapat Insentif

Next post

Yamaha YZF-R25 2020 - RM19,998

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *