Berita Auto

Proton X50 Kini Boleh Dilanggan Menerusi Flux

Kereta yang paling hangat diperkatakan tahun ini iaitu Proton X50 kini boleh ditempah di Flux. Syarikat langganan kereta itu menawarkan X50 dalam varian Premium atau Flagship dengan pilihan warna Snow White, Jet Grey dan Passion Red.

Yuran bulanan untuk X50 Flagship bermula dari RM1,995 untuk pelan langganan 36 bulan. Yuran tersebut sudah termasuk cukai jalan, insurans, penyelenggaraan dan ‘wear and tear’. Selain menyediakan perkhidmatan pintu ke pintu, setiap kereta Flux turut disertakan dengan bantuan tepi jalan 24/7 tanpa had dan perkhidmatan kecemasan.

Pelanggan yang berminat boleh membuat pembelian X50 selepas tamat tempoh langganan pada harga RM78,000 menerusi program ‘Subscribe to Own’ Flux.

Menurut syarikat itu, pelanggan boleh mendapatkan kereta mereka dalam tempoh tujuh hari. Mereka yang ingin menukar beli (trade in) kenderaan juga boleh menggunakan khidmat Flux yang akan membuat penilaian harga bagi pihak pelanggan dan membantu mereka melakukan transaksi pada harga yang disetujui.

Selain itu, X50 juga tersedia untuk langganan korporat menerusi Flux Business Class. Hubungi perkhidmatan pelanggan Flux atau hantar pertanyaan menerusi laman web Flux untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah melanggan X50 menerusi organisasi anda.

Previous post

Toyota GR Supra Manhart Dengan 550 PS

Next post

McLaren Senna XP 'Master of Monaco' Milik Post Malone Untuk Dijual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *