Berita Auto

Iklan Pengedar Untuk Tempahan SUV PROTON X90 DIBUKA

Persaingan sudah bermula untuk mendapatkan seberapa banyak tempahan untuk SUV PROTON semua baharu, X90.

Beberapa pengedar PROTON sudah mula mengiklankan SUV X90. Ya nampaknya nama X90 telah disahkan oleh mereka tetapi masih tidak disebut anggaran harga jualan.

Apa yang kami tahu setakat ini ialah PROTON X90 akan dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter pengecas turbo yang dilengkapkan dengan belt-starter generator (BSG) 48V yang disepadukan pada Front-End Accessory Drive (FEAD), converter 48V-12 DCDC, modul bateri litium-ion 48V dan battery management system (BMS). Berserta, sistemrecuperation braking system dan hybrid module control.

Maklumat yang diperoleh daripada laman web teknikal Geely menyebut perkara berikut mengenai enjin petrol generasi akan datang ini.

Proton-X90-Booking-1.0

Penyepaduan teknologi hibrid ringan membolehkan kenderaan itu mempunyai pelbagai fungsi kenderaan elektrik. Antaranya ialah:

• Intelligent Start & Stop – Sistem ini memotong penyalaan apabila kuasa enjin tidak diperlukan seperti semasa trafik atau masa menunggu, meluncur atau semasa brek.
• Smart Sailing – Enjin dimatikan secara automatik semasa meluncur pada kelajuan tinggi, dengan syarat kuasanya mencukupi.
• Energy Recycle – Kenderaan menangkap tenaga menggunakan brek regeneratif. Semasa brek atau nyahpecutan, tenaga kinetik kereta sedang ditukar dan disimpan sebagai tenaga elektrik dalam bateri.
• Ketika pasaran automotif global menuju ke arah transformasi teknologi dan ekonomi yang radikal, Geely berikrar untuk menawarkan lebih nilai dalam model yang akan diperkenalkannya supaya setanding dengan piawaian tempatan dan global.

Memandu ke arah aliran masa hadapan baharu, PROTON akan melancarkan teknologi MHEV ini tidak lama lagi dengan model yang boleh dianggap sebagai ‘abang besar’ Geely Coolray (Proton X50).

Berasal daripada kejayaan pasaran Coolray (Proton X50), PROTON dan Geely amat yakin bahawa SUV baharu ini akan turut dialu-alukan di pasaran negara memandangkan penggayaan yang menarik, dalaman yang mewah, dan teknologi kenderaan pintar yang telah disepadukan di dalamnya.

Sudah pasti satu kenderaan yang patut dialu-alukan nanti.

Previous post

YAB PM Anwar Mahu Duti Kereta Mewah Malaysia Dinaikkan

Next post

Ford Ranger Wildtrak X Baharu Adalah Satu Tangga Bawah Raptor Australia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *