Bisnes

Proton Akan Lancar X50 di Brunei, Mulakan Operasi CKD dan Jualan di Kenya dan Pakistan

Proton hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperhebatkan usaha meneroka pasaran antarabangsa menerusi lima pelancaran produk pada minggu-minggu akan datang.

Menurut Proton, salah satu daripada pelancaran tersebut melibatkan model X50 yang akan dilancarkan di Brunei, manakala dua lagi menandakan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan kenderaan Proton di Kenya dan Pakistan.

Selain itu, Bangladesh dan Mesir juga akan mengadakan pelancaran Saga secara dalam talian pada bulan ini. Ini akan diikuti oleh satu lagi pelancaran di Nepal sebelum tahun 2020 melabuhkan tirainya.

“Mendahului pasaran tempatan masih salah satu sasaran kami tetapi pada masa yang sama, ia amatlah penting bagi jenama Proton membina namanya di pasaran antarabangsa kerana ia mewakili syarikat dan Malaysia. Objektif ini dinyatakan dengan jelas dalam rancangan 10-tahun kami yang telah dibentuk pada permulaan kerjasama strategik dengan Geely,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON Holdings Berhad.

2019-Saga 1

“Tahun ini, rancangan eksport kami telah terjejas oleh pandemik COVID-19 kerana setiap Negara mempunyai cara tersendiri untuk membasmi masalah itu. Namun begitu, usaha pekerja kami serta sokongan dari pelbagai agensi kerajaan telah membantu kami kembali ke haluan yang betul.” tambahnya lagi.

Setakat akhir November, jumlah eksport syarikat telah bertambah sebanyak 10.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019 walaupun terdapat sekatan sedunia disebabkan pandemik coronavirus.

Sebanyak 405,267 unit kenderaan berjenama Proton telah dieksport ke seluruh dunia semenjak akitiviti itu bermula pada tahun 1989 dengan Proton Saga. Pada akhir bulan November 2020, jumlah kenderaan yang telah di eksport ke negara lain telah melebihi jumlah dari tahun sebelumnya.

Previous post

Promosi Jualan Istimewa 12.12 Honda City Dilanjutkan Sehingga Akhir Tahun

Next post

Next Bike Serah Ducati Superleggera V4 Pertama di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *